Gambar diatas jelas menyatakan bahawa tuntutan Kerajaan Filipina sebenarnya tiada hak mahupun locus standi.

Kini, pemimpin-pemimpin daripada barisan nasional dan umno Sabah nampaknya sedang memulakan rentak permainan mereka dengan menyebarkan ketakutan tentang ancaman "sultan sulu" Filipina. Apabila anda merujuk kepada pendedahan pihak SSKM melalui artikel yang lama, anda akan mengetahui keadaan yang sebenarnya.


Pencerobohan demi pencerobohan yang dilakukan itu jelas menunjukkan bahawa itu merupakan jenayah yang boleh dihukum mati kepada penceroboh daripada negara Filipina namun arahan dikeluarkan untuk tidak menembak mereka. Apakah maksud ini?

Kejadian Tonduo itu tidak lain hanyalah satu drama yang tidak menjadi apabila pihak Filipina telah tertipu dengan permainan politik bn-umno. Dengan itu, mereka telah terperangkap dalam permainan yang berkepentingan untuk umno-bn.

Sehingga kini, ugutan demi ugutan diberikan oleh kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia adalah lebih kepada ancaman Filipinan melalui "Abu Sayyaf, Moro, MILF,etc". Tidakkah anda semua berasa hairan mengapa ini semua berlaku tanpa henti? Tidakkah ini jelas menunjukkan kegagalan telah terbukti bahawa malaya sendiri tidak mampu menyediakan keselamatan yang diharapkan selama ini...

Dan yang lebih menyedihkan lagi apabila mereka, kerajaan malaya telah bersekongkol serta bekerjasa dengan militan Filipina dengan melatih askar MILF untuk bertujuan menentang kerajaan Filipina. Apakah kepercayaan yang selama ini diberikan kepada pihak Kerajaan dijaga dengan baik? TIDAK! Mereka telah mempergunakan kepercayaan Rakyat Negara Sabah untuk memperbodohkan rakyat selama mereka memerintah.

Ingin mendapatkan dokumen ini? Sila download dengan mengklik link tersebut >>>Download This Documents<<<

***Percayakah anda jikalau umno memegang negara Sarawak, akan ada propaganda yang dimainkan kononnya Indonesia ingin merampas Negara Sarawak? Fikirkanlah...***

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.