Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin berkongsikan satu artikel yang penting kepada anda semua, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak agar anda semua mampu mengenali beliau dengan lebih dekat dan pada masa yang sama anda akan mempunyai keyakinan yang lebih kepada kemampuannya dalam membawa suara Borneo ini kepada perhatian antarabangsa.

Doris Jones merupakan anak kelahiran Negara Sabah dan mempunyai campuran KadazanDusun dan Cina. Dalam erti kata lain, beliau adalah Sino-KadazanDusun. Beliau mempunyai sijil kelahiran anak Negeri (Negara) Sabah. 

Media massa yang dikuasai oleh malaya sebelum ini telah membuat tuduhan palsu setelah mendapat kenyataan rasmi daripada pihak pesuruhjaya polis negeri (Negara) Sabah, ketua polis persekutuan malaysia (malaya), menteri dalam negeri iaitu zahid hamidi dan beberapa pemimpin-pemimpin tempatan yang pro malaya atau dalam erti kata lain barua malaya seperi madius tangau, wan junaidi, rahman dahlan dan gerombolan mereka. Tuduhan palsu yang mendakwa bahawa beliau (Doris Jones) telah lari ke UK adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, beliau sudah berada di UK dan bekerja hampir 20 tahun. Jadi, dimanakah logik yang mendakwa beliau lari ke UK? Pengajaran yang boleh diperolehi daripada dakwaan mereka ialah walaupun mereka yang mengeluarkan kenyataan itu daripada pihak polis yang berpangkat tinggi mahupun menteri, ia tidak semestinya benar kerana setiap kata-kata mereka penuh dengan penipuan yang mempunyai niat untuk "menghasut" orang ramai agar mempercayai kata-kata mereka untuk sesuatu perkara. Dalam hal ini, niat mereka adalah untuk menghasut, menaburkan kebencian dengan mencalarkan imej perjuangan Doris Jones kononnya telah takut dan melarikan diri.

Seperti yang telah dimaklumkan kepada umum melalui kenyataan rasmi pihak SSKM-SSU(UK), Doris Jones telah meminta kerajaan menyamar ini untuk datang ke UK dan menyaman beliau jikalau apa yang diperkatakan olehnya itu tidak benar. Sebarang pendakwaan terhadap beliau mestilah dilakukan di UK kerana perjuangan beliau digerakkan oleh NGO Sabah Sarawak Union-UK (SSU-UK) yang telah berdaftar dibawah bidang kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland

Kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia ini telah membuat pendakwaan terhadap perjuangan ini atas nama SSKM. Mereka mendakwa bahawa SSKM telah memungut petisyen di tamu dan sebagainya. Disini, pihak kami ingin tegaskan bahawa sebarang pendakwaan terhadap SSKM adalah tidak sah kerana pihak kerajaan tidak mempunyai locus standi untuk mendakwa kumpulan sosial yang hanya beroperasi didalam Facebook. Kumpulan Facebook SSKM juga tidak berdaftar dengan pertubuhan pendaftar NGO iaitu ROS. Atas sebab itulah sehingga sekarang, pendakwaan tidak mampu dikenakan terhadap para sukarelawan SSKM. Mereka hanya mampu mengenakan dibawah akta hasutan namun masih belum mampu membuat penangkapan yang boleh mengakibatkan penjara.

Sebarang pendakwaan, untuk lebih berkesan, ia perlulah didakwa atas nama Sabah Sarawak Union-UK (SSU-UK). Ini kerana, pungutan tandatangan dan segala pergerakkan aktiviti sosial bagi tujuan penyebaran kesedaran sejarah dan hak ini telah dilakukan diatas nama SSU-UK. Maka, pihak kerajaan menyamar ini mestilah mengemukakan pendakawaan mereka di UK kerana ia melibatkan Kerajaan British secara langsung kerana NGO ini telah didaftarkan dibawah bidang kuasa Kerajaan British. Pihak kerajaan menyamar ini perlu mengemukakan bukti bahawa SSU-UK ini telah membuat kesalahan jenayah yang boleh mengakibatkan penangkapan dan pemenjaraan kepada pemimpinnya. Sehinggalah perkara ini dilakukan, maka sebarang penangkapan dan pendakawaan terhadap para sukarelawaan perjuangan ini atas nama SSKM adalah tidak sah disisi undang-undang mahupun perlembagaan.

Selain menjadi pemimpin dalam NGO Sabah Sarawak Union - UK (SSU-UK), Doris Jones juga sebenarnya adalah seorang ahli Politik di UK. Parti politik yang disertainya ialah National Liberal Party (NLP) yang menyokong gerakan Kemerdekaan diperingkat antarabangsa termasuk Sabah dan Sarawak. Parti politik ini masih baru namun telah mencatat rekod prestasi yang memberangsangkan kerana pencapaiannya adalah diluar jangkaan walaupun baru hampir dua tahun ditubuhkan. NLP telah mewujudkan NGO sendiri dengan nama Nations without States (NwS) yang telah berjuang untuk membawa suara-suara antarabangsa yang inginkan Kemerdekaan bagi negara mereka. Dan untuk pengetahuan anda, SSU-UK mempunyai jalinan kerjasama yang utuh dengan NGO NwS secara langsung.

Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi didalam parti National Liberal Party (NLP) dan untuk NGO NwS adalah sebagai ahli Committee. NLP telah melakar sejarah pertama dengan menyertai Pilihanraya Parlimen Eropah pada tahun 2013 dan telah memenangi satu kerusi. Beliau juga adalah antara calon yang turut bertanding dibawah parti NLP. Kini, untuk pilihanraya UK, mereka telah memperuntukkan dua kerusi untuk bertanding.

Dalam perkongsian artikel ini, ia adalah untuk memberitahu anda bahawa usaha yang telah dilakukan oleh beliau adalah sesuatu yang luar biasa. Apabila pihak kami mendakwa bahawa suara menuntut Kemerdekaan ini telah didedahkan kepada masyarakat antarabangsa, ia sememangnya benar. Pada 10 tahun lalu, sebuah parti politik UK semasa diperingkat awal selepas penubuhannya iaitu United Kingdom Independence Party (UKIP) hanya mampu meraih lebih kurang 4 ribu lebih undi sahaja ketika bertanding pada pilihanraya parlimen Eropah tetapi National Liberal Party (NLP) yang baru sahaja 2 tahun usianya ditubuhkan telah mampu meraih undi hampir 7 ribu. Kini, UKIP merupakan salah satu parti politik yang berpengaruh di UK. Dalam erti kata lain, NLP juga perlukan masa untuk mempromosikan dasar perjuangannya untuk beberapa tahun dari sekarang untuk muncul sebagai salah satu parti politik yang berpengaruh di UK.

NLP merupakan parti politik yang akan membawa suara-suara Kemerdekaan antarabangsa dan menyokong Kemerdekaan kepada mana-mana bangsa yang inginkan Kemerdekaan pada tanah airnya. Dalam konteks ini, NLP secara langsung menyokong tuntutan Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Kini, adakah anda sudah faham arah perjuangan SSKM-SSU(UK)?

Sementara menunggu waktu itu tiba, pihak kami akan mengumpul tandatangan diseluruh Negara Sabah dan Negara Sarawak sebagai bukti yang menyatakan bahawa rakyat Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan JELAS dan SERIUS mahukan Kemerdekaan SEBENAR dan bebas daripada ikatan hubungan politik dengan malaya didalam persekutuan malaysia ini.

Saatnya telah tiba untuk Bangsa Borneo untuk benar-benar menuntut HAK MUTLAKNYA dan membela bangsanya sendiri dengan kepimpinan Generasi Muda yang terdiri daripada golongan Nasionalis sejati Borneo.

Jikalau anda sudah faham akan arah perjuangan SSKM-SSU(UK) dan yakin dengan kemampuan pihak kami, sila sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda, masyarakat setempat anda dan orang ramai agar mereka juga mampu memahami arah perjuangan ini dan seterusnya memberikan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi. 

Jikalau ada pihak mengatakan bahawa SSKM-SSU(UK) telah menggunakan pengaruh luar untuk perjuangan ini, katakan kepada mereka bahawa terjadinya persekutuan malaysia ini juga adalah daripada bantuan pengaruh luar iaitu daripada tuan penjajah, British. Dan untuk makluman anda juga, Negara Sabah dan Negara Sarawak sememangnya adalah dibawah tanggungjawab British kerana Negara ini dahulunya merupakan bekas wilayah jajahan British dan rakyat di wilayah ini suatu ketika dahulu merupakan rakyat British. Perjanjian malaysia adalah dibawah saksi dan persetujuan British. Demikian juga apabila ia melibatkan kepada tuntutan Kemerdekaan, ia juga adalah dibawah pengawasan kerajaan British.

Apa yang disampaikan didalam artikel ini telah mendapat kebenaran Doris Jones untuk diterbitkan dan disebarkan kepada umum.