Saya dilahirkan di Sabah, Borneo Utara. Saya pernah bekerja untuk seorang akauntan dan juga untuk Hakim Australia. Hidup di Borneo ini lebih sengsara kerana penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Sebagai respon, saya mula mengambil peranan sebagai salah seorang peneraju kumpulan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bagi tujuan untuk menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan untuk penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak). 

Selepas 3 tahun, saya dan rakan saya telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kumpulan SSKM dengan nama Kesatuan Sabah Sarawak (Sabah Sarawak Union-SSU) di UK, di bawah bidang Kuasa United Kingdom. Kempen kami telah berkembang dalam masa 4 tahun. Kesannya, kesedaran lebih jelas dikalangan generasi muda yang semakin meningkat di negara kita. Warga veteran sudah mulai mengganggu dan kami berharap lebih ramai akan  menyedari kebenaran tentang status Borneo Utara, (Negara Sabah dan Negara Sarawak) yang telah disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun. 

Saya, secara peribadi, tidak bersetuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) dan Akta Hasutan (Malaysia) yang melanggari Hak Asasi Manusia. Saya percaya ramai rakyat di Borneo juga bersetuju dengan saya. 

Dalam reaksi kepada kempen kesedaran ini terhadap ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk meletakkan nama saya ke dalam senarai mereka di bawah (melakukan suatu kesalahan) Akta Hasutan. Saya juga kecewa terhadap Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah kerana telah mengeluarkan satu kenyataan palsu bahawa pasukannya telah berusaha untuk menghubungi saya untuk tujuan siasatan kerana yang sebenarnya, saya langsung tidak mendapat sebarang panggilan daripada pihak Polis Sabah melalui apa-apa cara sekalipun.

Dalam hal ini, saya ingin menegaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah, Datuk Jallaluddin atau wakil-wakil Kerajaan Malaysia, seperti Pejabat Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan juga Perdana Menteri, untuk mengemukakan bukti dan saya akan berdiri di mahkamah United Kingdom untuk mencabar beliau dan tuduhan Kerajaan Malaysia. Kita tidak perlu takut kepada kebenaran dan KEADILAN TIDAK PERLU DINAFIKAN

Doris Jones 
Kesatuan Sarawak Sabah (UK) 
Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Facebook Kumpulan

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.