Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.

KOTA KINABALU: Polis telah menahan tiga lelaki selama dua tahun di bawah Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah kerana didakwa menyertai kumpulan yang setia dengan Kesultanan Sulu, sebuah entiti haram yang bermatlamat memisahkan Sabah dari Malaysia.

Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.

Abu Bakar dan Zainuddin adalah warganegara Malaysia manakala Kassim adalah warganegara Filipina yang memasuki Malaysia secara haram, kata Ketua Polis Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.

“Mereka juga dipercayai telah berjaya merekrut ahli baru sebagai langkah awal untuk menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu.”

Sekumpulan individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu terlibat dalam pergelutan dengan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu pada tahun lepas.

Enam puluh lapan orang daripada pihak Sulu dan 12 orang lain dengan MyKad, termasuk dua orang awam terbunuh dalam serangan  yang berlarutan selama lebih sebulan.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/10/tiga-pemisah-sabah-ditahan/

*********************************************************************************

PERHATIAN! Penangkapan ini TIADA KAITAN DENGAN SSKM. Kami BUKAN PEMISAH tetapi Kami adalah NASIONALIS KEBANGSAAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. Mereka (orang "sultan sulu") adalah orang yang berada didalam dunia fantasi dengan memikirkan bahawa Negara Sabah adalah kepunyaan "sultan sulu".

Perkara yang kerajaan malaysia tidak mahu rakyat Negara Sabah tahu ialah Sultan Brunei sudah membuat kenyataan Rasmi bahawanya tiada seinci tanah pun di bumi Sabah ini yang pernah diberikan kepada sultan sulu.


Walaupun Sultan Brunei suatu ketika dahulu pernah berjanji untuk memberikan sebahagian kawasan Sabah kepada sultan sulu (sudah tidak wujud lagi) sepertimana yang dituntut oleh mereka, adalah dengan syarat bahawa sultan sulu perlu dan mesti membantu Sultan Brunei menangani pemberontakan di Pantai Timur Sabah.

Tetapi apa yang berlaku, sehingga kedatangan Sultan Brunei di Pantai Timur Sabah dan terhapusnya pemberontakkan di Pantai Timur Sabah oleh Sultan Brunei, sultan sulu masih tidak muncul-muncul... 


Maka dengan itu, Sultan Brunei telah menarik balik kata-katanya mengenai pemberian sebahagian kawasan di Pantai Timur itu kepada sultan sulu. 


Sebaik sahaja Sultan Sulu berangkat pulang ke Negaranya, barulah sultan sulu muncul dan dengan muka tidak malu menuntut dan menganggap bahawa Sultan Brunei telah memberikan sebahagian kawasan di Pantai Timur Sabah kepadanya.


Pedagang British membuat perjanjian dengan sultan sulu adalah sekadar untuk mengelak gangguan mereka namun perjanjian sebenar dibuat dengan Sultan Brunei.


Kerajaan malaya yang menyamar menjadi malaysia sehingga kini menggunakan isu tuntutan sulu keatas Sabah dengan tujuan mengugut rakyat Bangsa Negara Sabah bahawanya jikalau berpisah, sulu dan filipin akan menakluk Negara Sabah.


Inilah permainan politik kerajaan malaya/malaysia melalui parti umno-bn selama ini...



Adakah anda masih mahu terus diperbodohkan? Jikalau tidak, sebarkan mesej ini...
Labels:

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.