November 2014

Nicola Sturgeon has said she is “more convinced than ever” that Scotland will one day be independent, but made it clear it would only happen when Scots “choose that course in the polling booth”.

Launching her bid to replace Alex Salmond as First Minister, she distanced her from his suggestion at the weekend that there could be short-cuts to separation, and that Scotland could “declare” independence once the Scottish Parliament had sufficient powers.

Ms Sturgeon, who has been Deputy First Minister since the nationalists came to power at Holyrood seven years ago, is the clear favourite to take over from Mr Salmond, who announced he was stepping down after Scotland rejected independence.

She said she was not preparing for another referendum and the timing would be dictated by circumstances, including the outcome of any in/out referendum on the EU.

But she also refused to rule out the possibility of a commitment to a referendum being part of the SNP’s manifesto as early as the 2016 Holyrood election, saying: “If there is a commitment to a referendum in a manifesto of the SNP at an election and we win that election then that is a mandate for a referendum."

Ms Sturgeon, 44, who has already been endorsed by most of the Cabinet and may not face a leadership contest, also said she would be a “willing partner for progress" in talks about transferring responsibility for more areas to the Scottish Parliament.

She added: "I believe as strongly today as I did last week that independence is the best future for Scotland. And I am more convinced than ever that we will become an independent country. But that will happen only when the people of Scotland choose that course in the polling booth.

“I accept that last week the majority did not choose that future at this time. 1.6 million people is a remarkable number, but it wasn't enough.

“So my task will be to lead Scotland into an exciting new chapter in our national story. To unite our nation around a common purpose so that we can write that story together, and do so in a way that lives up to the hopes, aspirations and expectations of a country that is, on both sides, engaged, inspired and empowered by the referendum experience."

Ms Sturgeon said it would be the “greatest honour” and an “immense responsibility” to become First Minister of Scotland at such an “exciting and optimistic time”.

"I am putting myself forward for two simple reasons: I want to serve my party and my country,” she said. “And I believe I am the best person for the job.

"I also hope that my candidacy, should it succeed, will send a strong message to every girl and young woman in Scotland - no matter your background or what you want to achieve in life, in Scotland in 2014 there is no glass ceiling on ambition."

Her candidacy will also trigger an election for the post of Deputy First Minister. The winners of both will be chosen in a postal ballot of all 52,000 party members, with the results to be announced at the SNP conference in Perth on November 13.

The 26,000 new members the SNP has recruited since the independence referendum will be entitled to vote, as long as they signed up before Wednesday.

Paying tribute to Mr Salmond, she said he had transformed the SNP and made Scotland a better place, adding: “He also helped to make me the person and politician I am today."

Adding that she planned a “different approach” after the referendum, she said: “His are big boots to fill, but if given the opportunity to lead, I will wear my own shoes, and they will certainly have higher heels. I will be my own person and set my own course.

"We would not have come so far as a nation without Alex's vision, tenacity and statesmanship.

"But the challenges and opportunities of tomorrow require a different approach. They will demand the ability, not just to argue a case with determination and conviction, but also to reach out, to work with others and seek common cause on the issues that unite us."

She pledged to hold the UK parties to account on their "vow" of delivering more powers to Scotland's devolved parliament.

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali ke-51 tahun kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, Doris Jones mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK, yang telah berdaftar secara SAH dibawah bidang Perundangan United Kingdom (UK) ingin membuat kenyataan rasmi bagi dua kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zahid Hamidi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia berhubung dengan kenyataan mereka bahawa SSKM di Haramkan dan Akta Hasutan Dikekalkan untuk membendung pergerakkan Pemisah Sabah dan Sarawak.

Saya ingin merujuk kepada berita online The Malaysian Insider dengan tajuk "Haram semua kempen bawa Sabah Sarawak Keluar dari Malaysia" dan Berita Harian yang bertajuk "Najib Berani dan Tegas".

Antara alasan yang diberikan oleh zahid hamidi adalah "Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah ambil langkah membatalkan dan mengharamkan semua pertubuhan yang pemimpinnya berkempen di Sabah dan Sarawak mahu (membawanya) keluar dari Malaysia"[1]. Ditambahnya lagi "Pendaftar Pertubuhan sudah mengazetkan (sebagai haram) semua nama pertubuhan berkenaan,"[2]. Selain itu, dia juga berkata "Jika akta ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira dua perkara tadi, maka KDN melalui Polis Diraja Malaysia akan ambil tindakan,"[3] dan "Ia akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia"[4]. Manakala alasan yang diberikan oleh najib razak adalah "Kita harus ada komitmen tentang keadaan itu, oleh sebab itu perlu ada kerjasama antara kita dan ambil langkah sama-sama memperkuatkan lagi semangat juang ke arah memperkuatkan negara pada masa akan datang,"[5].

Pertama [1], saya berasa sangat kehairanan bercampur lucu dengan senyuman tawa apabila mendapat tahu bahawa Menteri dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu zahid hamidi telah membatalkan dan mengharamkan pertubuhan di Sabah dan Sarawak mahu (membawanya) keluar dari Malaysia. Satu persoalan untuk zahid hamidi, sejak bila SSKM ini sebuah NGO yang berdaftar di "malaysia"? Pada tahun bilakah SSKM berdaftar dengan ROS? Jikalau SSKM ini tidak berdaftar di "malaysia" melalui ROS, bagaimana KDN boleh mengharamkan SSKM? Jelas sungguh kecetekkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar menteri samseng di malaysia. Ia Sungguh memalukan. Biar saya terangkan secara ringkas agar anda faham. SSKM merupakan Kumpulan Sosial yang ditubuhkan didalam Facebook. Di dalam Facebook, anda bebas untuk menubuhkan apa-apa sahaja kumpulan sosial yang diinginkan. KDN dan ROS tidak mempunyai hak dan locus standi untuk mengharamkan mana-mana kumpulan sosial yang ditubuhkan dalam Facebook. SSKM bergerak didalam Media Sosial dan telah menjadi sebuah NGO yang berdaftar penuh di United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK). Untuk pengetahuan anda juga, pergerakkan untuk menuntut Kemerdekaan di UK bukanlah satu jenayah kerana ia telah ditakrifkan sebagai Hak Suara Bangsa dalam sesebuah Negara menurut resolusi Persatuan Bangsa-Banga Bersatu (PBB). Atas sebab itulah mengapa perjuangan Referendum Bangsa Negara Scotland yang menuntut perpisahan daripada UK dilihat sebagai satu perjuangan Hak Asasi Manusia yang mesti dihormati. Berbalik kepada perkara tadi, kempen Sabah Sarawak Keluar Malaysia tidak hanya dilakukan oleh orang-perseorangan tetapi setiap rakyat yang menyokong perjuangan SSKM ini adalah secara tidak langsung merupakan pemimpin kepada kelompak mereka dan ia adalah satu jumlah yang tidak dapat dibayangkan. Jadi, persoalan "haram" itu adalah tidak sah serta tidak mempunyai asas untuk mengharamkan kumpulan sosial  dalam Facebook yang mana SSKM adalah sebenarnya merupakan kumpulan sosial didalam Facebook.

Kedua [2], Saya berfikir perkara ini sudah dinyatakan dengan jelas pada penjelasan pertama saya tadi bahawa Pendaftar Pertubuhan tidak berhak dan tidak mempunyai locus standi untuk mengharamkan sesebuah kumpulan yang tidak berdaftar dengan ROS apatah lagi apabila ia hanyalah kumpulan sosial yang ditubuhkan dalam Facebook dan telah mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Sama ada sokongan tersebut secara terang-terangan mahupun tidak, itu yang mampu saya katakan menurut pandangan peribadi serta kumpulan sosial Facebook kami.

Ketiga [3], "Jika" akta ini diluluskan, pihak polis boleh mengambil tindakan. Untuk itu, saya dengan segala hormat mempersilakan anda untuk menjalankan tugas seperti mana yang telah diperuntukkan didalam akta tersebut. Apa yang telah disampaikan oleh pihak SSKM yang merupakan satu Kumpulan Sosial didalam Facebook adalah berdasarkan kepada Sejarah Fakta Berbukti yang telah tercatat tanpa sebarang tokok tambah. Seperti yang diperkatakan oleh salah seorang Pejuang Kebangsaan Borneo daripada Negara Sabah iaitu YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, sebarang penangkapan terhadap mana-mana aktivis Nasionalis Sabah atau Sarawak akan menjadi Pengakhiran terhadap malaysia. Apa yang sebenarnya dilakukan oleh pihak SSKM ini adalah untuk melengahkan masa demi memberikan peluang kepada kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi malaysia untuk memperbetulkan keadaan jikalau benar tidak mahu perpisahan ini berlaku dengan cara "Hormati Perjanjian Malaysia" segera tanpa sebarang syarat. Tetapi nampaknya pihak kerajaan yang menyamar ini sememangnya ingin mempercepatkan perpisahan. Dengan itu, lakukan apa sahaja yang anda fikirkan boleh untuk kepentingan kelangsungan politik anda, bn-umno. Tetapi perjuangan SSKM yang ditubuhkan melalui media sosial Facebook dan kini telah bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak Harus dan Mesti menamatkan persekutuan dengan malaya dalam persekutuan malaysia.

Keempat [4], Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak memerlukan akta untuk melindungi mana-mana agama di Borneo. Ini kerana bangsa kami sudah memahami batas kepada perbincangan apabila ia melibatkan soal agama. Ini kerana Agama adalah Hak Individu. Tidakkan goyah iman seseorang biarpun seribu satu cubaan untuk melemahkan imannya jikalau ia berpegang kepada kepercayaannya. Kami saling menghormati antara satu sama lain kerana dalam keluarga kami juga terdiri daripada pelbagai agama yang hidup sebumbung dalam satu keluarga yang terdiri daripada pelbagai etnik hasil daripada perkahwinan campur. Budaya dan Nilai keBornean ini sudah lama wujud dalam masyarakat Bangsa Borneo di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Maka dengan itu, anda tidak berhak untuk mengajar kami untuk menghormati agama kerana anda terlebih dahulu yang perlu belajar bagaimana untuk menghormati agama orang lain termasuk agama sendiri. Saya memberi jaminan bahawa Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada persekutuan malaysia ini PASTI berlaku dan menjadi nyata. Hanya masa sahaja yang menentukan kerana semua perkara yang terjadi adalah indah pada waktunya. Saya tidak menafikan bahawa ia mungkin memakan masa bertahun-tahun tetapi saya melihat itu adalah satu peluang untuk pihak SSKM mengukuhkan lagi perjuangan ini agar rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat bangsa Negara Sarawak terbuka mata untuk melihat segala kepincangan malaya yang selama ini telah menjajah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak secara halus melalui tiga cara yang jelas telah dan sedang dilakukan selama ini. Pertama, Kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia telah berusaha untuk mengkaburkan sejarah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dengan mengurangkan pendedahan mengenai sejarah Borneo tetapi memperbanyakkan pula sejarah malaya yang tidak mempunyai signifikan langsung kepada bangsa Borneo malah boleh diragui kebenaran serta keasliannya. Kedua, malaya berusaha untuk melenyapkan segala bukti bahawanya Negara Sabah dan Negara Sarawak merupakan rakan-rakan kongsi dalam persekutuan malaysia ini. Dan yang lebih jelas lagi apabila malaya terus-menerus menyebarkan propaganda bahawa kononnya malaysia itu telah merdeka pada 31 Ogos 1957 . Ditambahnya konon Negara Sabah (dahulunya North Borneo @ Borneo Utara) dan Negara Sarawak telah "menyertai" malaysia. Apa?! Anda fikir Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak Bodohkah?! Iya kepada pemimpin tempatan yang menjadi barua malaya melalui parti politik umno dan bn Sabah. Itu barulah golongan orang Bodoh kerana mengiyakan sesuatu perkara yang jelas kesongsangan faktanya itu! Dan Ketiga ialah malaya melalui parti umno berusaha untuk mencuci otak pemikiran Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dengan berusaha untuk menyerapkan ideologi politik kotor mereka melalui pindahan perlembagaan persekutuan demi meluaskan pengembangan pengaruh umno dengan mengatakan bahawa jikalau seseorang itu bercakap melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya melayu, individu itu secara langsung boleh ditakrifkan sebagai melayu. Dengan cubaan untuk menjadikan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak yang terdiri daripada puluhan etnik yang mempraktiskan budaya yang unik kepada satu etnik ini dengan mengatakan "rumpun melayu" adalah sesuatu yang bertentangan dengan pengekalan identiti etnik-etnik yang wujud di Borneo. Kajian mengenai rumpun melayu itu adalah satu kajian yang sentiasa boleh dipersoalkan kebenarannya jikalau wujud kajian baru. Setiap etnik yang wujud di Borneo iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak perlu dan mesti mengekalkan identiti budaya mereka agar tidak lenyap hasil daripada pengaruh daripada identiti budaya lain. Itu salah satu perjuangan SSKM.

Kelima [5], kepada najib, pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah dan telah lama memberikan komitmen dan kepercayaan mereka dalam usaha untuk menjaga dan menyelamatkan identiti persekutuan yang terdiri daripada empat buah negara yang telah Merdeka dan Berdaulat namun siapakah yang tidak mempunyai komitmen dan kerjasama dalam menjaga batas kuasa politik? Adakah dengan mencampuri urusan pentadbiran politik Negara Sabah dan Negara Sarawak itu merupakan kerjasama yang dimaksudkan? Siapakah yang tidak mempunyai semangat untuk mengembalikan identiti Persekutuan Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan dibentuk pada 16 September 1963? Apakah dengan menukarkan nama kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) kepada nama kerajaan persekutuan malaysia itu satu bentuk kerjasama? Adakah dengan menurunkan status "Negara" Sabah dan Sarawak menjadi "negeri" itu telah bermaksud untuk memperkuatkan negara? Persoalannya, siapakah yang perlu memiliki komitment dan kerjasama untuk menyelamatkan negara malaysia? Kini, segala kerjasama dan komitmen adalah lebih menjurus kepada "MENAMATKAN" persekutuan dengan malaya daripada persekutuan malaysia. Ini adalah suara asli Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. 

SSKM merupakan sebuah kumpulan sosial yang ditubuhkan didalam Facebook dan tidak melalui ROS di malaysia. Maka, pengharaman tersebut adalah tidak sah kepada kumpulan SSKM. SSKM bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (UK) yang berdaftar di UK. Dibawah bidang perundangan UK, menuntut Kemerdekaan bukanlah satu jenayah malah dilindungi lagi aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana NGO seperti ini di UK termasuk NGO SSU(UK).

Dengan itu, ingin saya mengambil kata-kata daripada Sultan Brunei, Sultan Hj.Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan & Yang Dipertuan Negara Brunei mengatakan "Sejarah tidak boleh dibisukan. Bangsa yang membisukan sejarahnya adalah pengecut. Oleh itu, wajar bagi kita menjadi bangsa yang berani. Berani menyoal serta menyuluh ke dalam diri-sendiri".



Harap Maklum.

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, Doris Jones mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang telah berdaftar dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan daripada Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seorang menteri kerajaan persekutuan malaysia yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, juga merupakan seorang ahli parlimen di Santubong, Negara Sarawak telah menyatakan bahawa "Putrajaya Akan Berusaha Untuk Mengektradisikan (membawa pulang atas kesalahan jenayah) Pemisah-pemisah Di United Kingdom".

Antara kenyataannya dalam berita online di The Malaysian Insider adalah "terlalu sedikit laporan yang telah dibuat dibalai polis untuk menentang kumpulan tersebut dan menyarankan semua orang awam untuk membuat laporan polis. Setelah itu, kertas penyiasatan akan dibuka dan tindakan akan diambil berdasarkan kepada undang-undang"[1]. Ditambahnya lagi "Dengan itu, baru proses ekstradisi (proses mengeluarkan daripada UK ke malaysia) dapat dilakukan. Untuk melakukannya juga, kita mesti mengenal pasti apakah kesalahan jenayah yang telah dia lakukan disini adalah mesti sama seperti yang dilakukannya disana (UK)"[2]. Selain itu juga, wan junaidi mengatakan bahawa "hanya segelintir orang sahaja yang menyokong cakap-cakap perpisahan ini dan tidak mustahil untuk berdepan dengan mereka ini yang telah lari ke England"[3]. Akhir sekali dalam kenyataanya mengatakan "dia berasa sangat yakin bahawa rakyat Sabah dan rakyat Sarawak akan melihat pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun yang akan datang nanti seperti mana yang telah dialami di malaya"[4].

Pertama [1], tidakkah keadaan tersebut sudah memberi mesej yang sangat terang jelas lagi bersuluh bahawa perjuangan SSKM-SSU(UK) telah mendapat sokongan penuh dalam diam oleh rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak? Membuat laporan hanyalah apabila sesuatu keadaan itu telah mengugat keselamatan diri, keluarga dan yang berkenaan dengan keamanan. Namun, seperti yang anda sendiri akui, "terlalu sedikit" laporan polis telah dibuat ini kerana perjuangan SSKM-SSU(UK) bukanlah satu ancaman kepada diri, keluarga mahupun keamanan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana,  perjuangan ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya daripada terus ditindas secara halus oleh kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia melalui dasar-dasar yang tidak adil dan penuh dengan niat yang sangat jahat, kotor, hina dan menjijikkan. Sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai timbalan menteri sahaja, tidakkah anda berasa malu untuk memaksa secara lembut kepada orang awam untuk membuat laporan polis kepada perjuangan yang mengangkat Maruah dan Martabat Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Akta hasutan 1948 merupakan akta yang telah digunapakai oleh kerajaan British semasa zaman penjajahanya di malaya. Akta tersebut seharusnya TIDAK BOLEH digunapakai kepada rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak kerana Negara Sabah dan Negara Sarawak hanya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan bukan menyertai persekutuan tanah melayu yang ditubuhlan pada 31 Ogos 1957. Dengan itu, sebarang akta sebelum tahun 1963 seharusnya tidak SAH untuk dikuatkuasakan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru seharusnya dibuat segera walaupun pada awalnya pemimpin-pemimpin negara Sabah dan negera Sarawak bersetuju untuk menggunakan terlebih dahulu perlembagaan persekutuan tanah melayu namun seharusnya satu perlembagaan baru yang asli untuk persekutuan malaysia dibuat berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Kedua [2], saya tidak melihat sebarang kesalahan yang telah saya lakukan di Negara Sabah, Negara Sarawak mahupun di England. Adakah dengan memberitahu kebenaran sejarah yang berfakta dan berbukti itu satu kesalahan dan jenayah berat yang sehinggakan boleh ditangkap seperti seorang pembunuh kejam? Tidak hairanlah mengapa kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia ini telah mengalami keadaan yang amat menyedihkan yang mana semakin hari keadaan bertambah merunsingkan dengan adanya kepimpinan seperti wan junaidi yang tidak mampu menyelesaikan keadaan ini dengan baik. Pihak SSKM-SSU(UK) sudah berulang-kali menerangkan, mengkongsikan keadaan yang sebenar tentang kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang sebenar bahawanya kita (bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak) adalah rakan kongsi yang sama status dalam persekutuan malaysia ini telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan menurunkan status daripada "Negara" kepada "Negeri". Malah, kini kita sebenarnya telah dijajah secara tidak sedar dalam bentuk penjajahan zaman moden. Adakah dengan kenyataan seperti ini tidak benar? Mungkin tidak, kerana anda berpihak kepada malaya untuk terus bersengkongkol untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Setelah mengetahui keadaan ini, tindakan anda ialah mahu menutup mulut saya serta berusaha untuk melabelkan diri saya sebagai seorang yang "sangat berbahaya" agar anda dan kerajaan "malaysia" akan menangkap saya kononnya atas dasar kepentingan negara. Realitinya bukan disebabkan oleh negara tetapi adalah untuk menyelamatkan dan mengelakkan kebenaran tentang salah-laku pemimpin-pemimpin bn-umno selama ini daripada terdedah kepada rakyat umum, khususnya kepada bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak.

Ketiga [3], sekali lagi saya serahkan perkara ini ditangan bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak untuk memutuskannya. Sama ada mereka yang menyokong perjuangan SSKM-SSU(UK) ini terdiri daripada sejumlah bilangan kecil ataupun besar, mereka sahaja yang lebih tahu. Dan satu perkara yang menghairankan saya ialah mengapa sejumlah kecil "mereka" yang menyokong perjuangan ini seperti mana yang anda katakan dengan penuh "yakin" boleh mampu mengugat serta mengancam keamanan? Dimanakah logiknya? Atau adakah sebenarnya perjuangan ini telah "mengugat keamanan bn-umno" untuk terus merampas harta kekayaan Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui penjajahan halus ini?

Keempat [4], kenyataan ini tidak jauh beza dengan khairy jamaluddin. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini pada kenyataan rasmi kepada khairy bahawa kata-kata ini hanya berupa kenyataan biasa yang tidak pernah disusuli oleh tindakan yang serius. Kini, 51 tahun sudah berlalu namun pembangunan ekonomi khususnya di Negara Sabah dan Negara Sarawak jauh ketinggalan berbanding dengan di malaya. Ini dapat dibuktikan lagi dengan migrasi anak-anak muda bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak yang ramai ke malaya hanya mampu bekerja sebagai kelas bawahan sahaja (majoriti) di kilang-kilang perindustrian, pelabuhan, hotel, kelab dan sebagainya. Manakala bangsa malaya yang datang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak ada seorang pun yang bekerja sebagai kelas bawahan seperti pertukangan di sektor industri perkilangan yang ada di kedua-dua negara ini di Borneo. Mereka majoritinya bekerja sebagai kelas "kolar putih". Kenyataan seperti ini bukan berniat untuk menimbulkan perbezaan namun inilah sebenarnya realiti yang dilihat secara menyeluruh. Anda boleh menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan ini namun ini semua sebenarnya pengakuan daripada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak yang tertindas selama 51 tahun.

Akhir kata, saya memohon maaf atas kenyataan ini yang berbunyi kasar untuk dibaca apatah lagi untuk didengari namun ia perlu dan mesti dikatakan dengan jelas. Sudah cukup 51 tahun rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak berbudi bahasa, berlembut serta bersopan-santun dengan pemimpin-pemimpin malaya. Namun, keadaan tersebut tidak akan pernah berlaku lagi pada zaman ini. Kerana masanya telah pun tiba untuk berhenti berdiam. Tiada masa untuk berputus asa dalam perjuangan ini kerana ia sebenarnya baru bermula.

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero

Harap Maklum.

Independence is still the long-term goal, says Scottish National Party (SNP) deputy leader Nicola Sturgeon, despite last week’s failed referendum. The comments were made as she announced her bid for party leader.

If she secures SNP support to replace outgoing Alex Salmond, who announced his resignation on Friday, Sturgeon would almost certainly become the next first minister of Scotland.

Sturgeon told reporters she was not planning to call a second referendum, but vowed to keep independence squarely on the agenda should Westminster break their pledge of further devolution, or threaten to leave the European Union.

“I am more convinced than ever that we will one day become an independent country but that will happen only when the people of Scotland choose that course in the polling booth,” Sturgeon told a Glasgow press conference.

“The fact is that those who voted Yes, combined with those who voted No on the promise of substantial extra powers, form a powerful majority for real and meaningful change in this country.”

SNP members will vote for Salmond’s replacement at their November party conference. Sturgeon is a strong favourite to win, enjoying both great popularity with members and the backing of leading party figures.

Scotland's First Minister Alex Salmond (R) and deputy First Minister Nicola Sturgeon pose for a photograph as they campaign in Edinburgh, Scotland September 10, 2014 (Reuters / Paul Hackett)Scotland's First Minister Alex Salmond (R) and deputy First Minister Nicola Sturgeon pose for a photograph as they campaign in Edinburgh, Scotland September 10, 2014 (Reuters / Paul Hackett)

In a phenomenal turn of fortunes after Thursday’s defeat, the party's ranks have more than doubled to around 60,000 in under a week, putting the party’s membership ahead of the UK-wide Liberal Democrats.

“With this influx of new members joining the SNP since the referendum – many of them from Labour’s heartlands – the Westminster establishment now face serious pressure to deliver on the substantial new powers for Scotland which the No camp promised during the campaign,” an SNP spokesperson said on Tuesday.

Scots voted by 55 to 45 percent to reject splitting from the UK in last Thursday’s referendum. Just over a week before, the Conservatives, Labour and Liberal Democrats promised Scots more autonomy over tax and welfare spending if they chose to stay in the UK.

Prime Minister David Cameron said that constitutional reforms, including in Scotland, would not be delivered until after the 2015 UK general election, and that changes would be linked with those made to the UK as a whole.

Pro-independence Scots are keen to keep up the pressure on the UK government to deliver on its pledges. Others are demanding a second independence referendum at the earliest opportunity.

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara SAH dibawah Bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northen Irland (UK), ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Negara Sarawak pada 23 November 2014. Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui berita online di The Malaysian Insider, ia mendakwa bahawa "Pemuda BN sedia tentang pihak manipulasi Perjanjian Malaysia".

Antara hujah-hujah pendeknya ialah "Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasikannya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang"[1]. Ditambahnya lagi bahawa "anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu"[2].

Dalam kenyataannya juga, ia adalah bertujuan untuk "menangkis cubaan pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Sabah dan Sarawak"[3]. Selain itu juga, dia berkata "kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk menubuhkan Malaysia. Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjug (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia"[4]. Dan yang terakhir dalam hujah pendeknya ialah "Kita tahu dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan dibawah tema gagasan Malaysia"[5].

Pertama [1], saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana telah menyatakan pendirian dengan jelas sekali untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963. Untuk itu, saya ada beberapa soalan kepada anda yang perlu dijawab dengan jujur iaitu adakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diguna pakai oleh kerajaan persekutuan malaysia sekarang ini adalah Perlembagaan baru yang lahir pada 16 September 1963 ataupun merupakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 31 Ogos 1957 yang telah diadaptasi dengan menambah, menolak, mengubah dan sebagainya? Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, adakah akta hasutan 1948 itu boleh digunapakai dalam kerajaan Persekutuan Malaysia apatah lagi keatas rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Pernahkah "malaysia" itu merdeka? Berapa tahun sudahkah persekutuan malaysia ini terbentuk? 

Kedua [2], anggota anda akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian dalam konteks apakah pemahaman itu? Adakah dalam konteks pemahaman bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia sekadar untuk menjadi setaraf dengan 11 buah negeri-negeri malaya ataupun sebagai salah satu rakan kongsi (negara) dalam pembentukkan persekutuan malaysia ini? Jikalau anda mengatakan hanya untuk menjadi "negeri-negeri" yang ke-12 dan yang ke-13, adakah terdapat wakil-wakil kerajaan negeri malaya yang bersama-sama mendatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963? Ataupun hanya kerajaan persekutuan persekutuan tanah melayu (malaya) sahaja yang bersama dengan rombonganya menandatangni perjanjian tersebut?

Ketiga [3], Saya mengakui bahawa saya bertanggungjawab penuh dalam menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak kerana apa yang dituntut itu sememangnya adalah Hak Mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Adakah anda ingin bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak bergembira apabila Hak yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia itu tidak dihormati dan dilanggari? Rasa tidak puas hati itu timbul apabila pihak kami dan juga kumpulan-kumpulan NGO yang lain telah memberikan kesedaran melalui bentuk pendidikan dan pendedahan fakta sejarah berbukti yang selama ini telah disembunyikan dengan niat jahat. Bolehkah saya katakan kepada mereka untuk "bergembira" setelah mereka tahu hak yang sepatutnya mereka nikmati, penjanjian yang semestinya dihormati itu tidak berlaku seperti mana yang telah dipersetujui pada tahun 1963?

Keempat [4], kenyataan seperti ini sudah lama kedengaran selama 51 tahun termasuk tahun ini. Namun, kenyataan tetap kenyataan yang tidak pernah berakhir, dan hanya dilakukan pada mulut tetapi tidak kepada tindakan. Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Persoalannya, dimanakah sudah kerajaan persekutuan tanah melayu menghilang? Apakah pula definisi "persekutuan" dalam perlembagaan persekutuan malaysia? Adakah ia merujuk kepada definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 16 September 1963 ataupun definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957?

Kelima [5], jikalau benar anda tahu dan mahu menegakkan semula perjanjian malaysia ini, bolehkah anda sebagai menteri dalam kerajaan persekutuan malaysia ini mengusulkan dalam dewan parlimen pada tahun hadapan untuk mengkaji semula perjanjian malaysia? Ini kerana perjanjian malaysia yang ada sekarang masih menyatakan bahawa Negara Singapura masih sebagai anggota dalam persekutuan malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa Negara Singapura telah menarik diri (bukan dikeluarkan) daripada persekutuan malaysia. Seharusnya sebuah Perlembagaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk meramkumkan 4 (kini tinggal 3) buah kuasa kerajaan dalam Persekutuan Malaysia dan bukan 14 kuasa seperti yang wujud sekarang. Bolehkah ini semua dilakukan melalui jaminan dan tindakan anda selaku menteri persekutuan malaysia?

Segala jawapan anda akan ditakrifkan sebagai jawapan penuh kerajaan persekutuan malaysia kerana anda mewakili kerajaan persekutuan malaysia telah membuat kenyataan seperti ini, maka jawapan kepada persoalan ini seharusnya dan semestinya mewakili kerajaan persekutuan malaysia dan bukan atas kapasiti individu.

Kenyataan susulan berhubung dengan persoalan ini akan dikeluarkan sebaik sahaja anda (khairy) menjawab segala persoalan ini dengan jujur.


Harap maklum.

A DEFIANT Alex Salmond made his final appearance at First Minister’s Questions yesterday – and insisted his Government had made “substantial achievements” in office.

And in another swipe at opponents he will today invoke England’s World Cup win as he promises to fight on for Scottish independence .

In a farewell speech to the SNP faithful, he will say: “They thought it was all over – well it isn’t now.”

Salmond will adapt the famous line of commentary – “they think it’s all over, it is now” – at the party conference in Perth.

Salmond, who will step down as SNP leader just hours before making the speech, made his final appearance at First Minister’s Questions yesterday .

He said: “I think the administration has had a substantial record of achievement over these last seven years.

“I think there have been substantial achievements – if I could name but two, the 
reintroduction of free higher education in Scotland and, looking forward, the introduction of free school meals in primaries one to three – I think that’s a substantial move forward.”

But Labour claimed his “real legacy” is leaving Scotland “more divided than ever”.

Stand-in Scottish Labour leader Jackie Baillie told him: “Today does mark the end of an era. No one can deny Alex Salmond’s passion for Scotland, nobody can deny his love for his country.

“But the real tragedy is that he was so blinkered by his passion for independence that the powers he already has, powers to tackle poverty, reduce inequality, to deliver social justice, were pushed into second place.”

Salmond will hope his speech today can enthuse his energised party ranks just two months on from his 55-45 defeat in the independence referendum .

He insists the vote signalled the beginning of the end for the Union. He will say: “Despite everything the Westminster establishment threw at Scotland, 45 per cent of the people – 1.6million women and men living and working in Scotland – chose hope over fear.

“A much higher number than our opponents thought possible when we started this campaign.

“After the referendum, those very opponents believed that Scotland had been quietened, that we’d had our day in the sun and we should be politely put back in our box. They thought it was all over – well it isn’t now.”

Salmond announced he was to quit on the day of the referendum defeat . But he leaves the party in remarkable shape for incoming leader Nicola Sturgeon.

Since the referendum, membership has surged from about 26,000 to 84,000. Salmond wants another push – to 100,000.

Salam sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Salam Kemerdekaan Negara Sarawak kali ke-51 tahun. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Kesatuan Sabah Sarawak (Sabah Sarawak Union - SSU), yang berdaftar secara SAH dibawah bidang Perundangan United Kingdom (UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan tentang "Dalang SSKM dikenal pasti, tindakan selanjutnya akan diambil" yang dibuat oleh Menteri Sabah yang bernama Datuk Teo Chee Kang daripada parti tempatan Liberal Demokcratic Party (LDP), yang juga merupakan ahli komponen BN-Tanjong Kapor di Kudat dengan jawatan yang dipegang sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.


Disini, saya akan menyatakan kenyataannya dengan jelas yang disampaikan melalui petikan surat khabar Utusan Borneo yang bertarikh 14 November 2014, seperti berikut;

Dalam kenyataan menteri ini yang bertarikh 13 November 2014 ketika berada didalam sidang Dewan Undang Negeri (DUN) berkata bahawa dia dengan tegasnya mengatakan SSKM telah menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negeri ini (Sabah) [1]. Selain itu, dia juga telah mengatakan bahawa isu SSKM ini dicetuskan oleh sebahagian kecil orang yang tidak bertanggungjawab [2]. Ditambah lagi dengan tuduhan mengatakan bahawa SSKM telah mengadakan Forum serta acara berjalan kaki menyambut Kemerdekaan [3]. 


Ahli LDP ini juga berkata bahawa "Walaupun perbuatan ini ditimbulkan oleh segolongan kecil masyarakat namun ia bersifat hasutan dan mencetuskan provokasi [4]. Jika ia tidak dibendung, isu ini dikhuatiri akan mengugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Negara serta mengancam Keselamatan negara" [5]. Akhir sekali dalam kenyataannya mengatakan bahawa "Perkara berkaitan SSKM itu hanya melibatkan sebilangan kecil kerana 'silent majority' tidak suka dengan apa yang sedang berlaku" [6].

Pertama [1], saya mohon ahli LDP ini untuk menperjelaskan dengan terperinci dengan fakta berbukti serta menyenaraikan jenis-jenis masalah dan gangguan keharmonian masyarakat apakah yang telah ditimbulkan oleh SSKM selama ini? Adakah dengan pendedahan fakta sejarah yang penuh dengan kepincangan, salahlaku, penyelewengan, penipuan, konspirasi selama ini yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO, yang telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat Negara Sabah inikah yang sebenarnya telah menjadi masalah dan mengganggu keharmonian rakyat? Ataupun sebenarnya  mengganggu kedudukan pemimpin-pemimpin kerajaan serta kroni bn-umno?

Kedua [2], saya mohon penjelasan secara professional dan matang tentang tuduhan berkaitan dengan kenyataan "isu SSKM ini dicetuskan oleh sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab". Bukankah saya, sejak dua bulan yang lalu telah jelas mengatakan bahawa saya adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala pergerakkan dan aktiviti SSKM di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dan atas sebab itulah saya juga telah mencabar Perdana Menteri Malaysia, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Polis Sabah untuk mendakwa saya di Makhamah United Kingdom (UK) yang mana cabaran dan mesej ini telah saya sampaikan melalui akaun Facebook peribadi saya. Mengapa? Sebab saya seorang yang bertanggungjawab.

Ketiga [3], tuduhan ahli LDP ini adalah satu FITNAH yang JAHAT dalam cubaan untuk mengaitkan aktiviti yang telah dijayakan oleh Borneo Heritage Foundation (BHF) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sabah Kali Ke-51 Tahun dengan SSKM. Saya ingin menyatakan secara jelas dan rasmi bahawanya aktiviti tersebut tidak ada hubungan secara langsung mahupun tidak langsung dengan SSKM. Tidak ada kerjasama yang telah dilakukan sepanjang tempoh program itu dijalankan. Forum tersebut pula telah dianjurkan oleh pihak Progressive Institute Public Policy (PIPPA). Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa saya menyokong penuh kedua-dua program tersebut yang telah dijayakan atas kapasiti saya sendiri sebagai rakyat bangsa Negara Sabah kerana objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran sejarah serta meningkatkan kecintaan rakyat terhadap Negara Sabah, Negara Sarawak dan juga Persekutuan Malaysia. Jelas tuduhan ini adalah cubaan untuk menipu rakyat Negara Sabah agar membenci program seumpama ini dilakukan dimasa akan datang. Bukankah anda sudah menghasut dan menipu dengan niat jahat?

Keempat [4], jikalau dengan mendidik rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak tentang sejarah sebenar yang asli tanpa sebarang tokok tambah dengan berlandaskan kepada fakta berbukti, disokong dengan dokumen-dokumen yang masih tersimpan di London itu dikategorikan sebagai "Hasutan" dan "Provokasi", maka saya mengakui akan kebenarannya dengan sepenuh hati. Ya, saya telah "Menghasut" dan membuat "Provokasi" kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang perkara ini agar mereka semua sedar dan bangun daripada tidur lena bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan nyata, siang dan malam, hidup dan mati tanpa sebarang halangan. Tetapi jikalau "tidak menghasut" itu menjadi pegangan definisi kepada penyebaran fitnah, penipuan, manipulasi fakta sejarah dan sebagainya, maka saya memutuskan untuk memilih dikategorikan sebagai seorang "Penghasut" dan "Provokater" demi kesedarang Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Kelima [5], saya ingin anda menjawab secara sejujurnya sebagai seorang anak watan bangsa rakyat Negara Sabah. Selama ini, siapakah yang sebenarnya telah mengugat Keharmonian Wilayah dan Perlembagaan Negara serta mengancam Keselamatan Negara? Jikalau anda jujur pada diri, anda seharusnya tahu perkara ini. Biar saya terangkan secara ringkas. Pemimpin malaya adalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab selama ini, yang telah mengugat keharmonian, perlembagaan dan keselamatan negara sejak diawal penubuhan Persekutuan Malaysia. Pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulu telah ditumbangkan dengan permainan politik kotor, licik dan jahat oleh  malaya, menghasut pemimpin-pemimpin tempatan untuk menggulingkan kerajaan dibawah kepimpinan pemimpin mereka yang mentadbir berdasarkan kepada konsep sebenar yang telah termaktub dalam perjanjian malaysia. Mereka juga telah mengubah perlembagaan negara dengan agresif sebaik sahaja Negara Singapura menarik diri daripada Persekutuan Malaysia. Keselamatan Negara Sabah sentiasa terancam selama dibawah pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO. Mengapa? Kerana mereka ingin menakutkan rakyat bangsa negara Sabah agar sentiasa mengundi mereka untuk terus kekal mentadbir kerajaan Negara Sabah. Rusuhan Tersembunyi tahun 1986 di Kota Kinabalu dan Pencerobohan Tonduo itu sebenarnya didalangi oleh umno-bn. Adakah perkara seumpama ini pernah berlaku di Negara Sarawak? Tidak. Mengapa? Ini kerana Negara Sarawak tidak mempunyai umno mahupun campuran parti daripada malaya. Ini kerana Negara Sarawak ditadbir oleh komponen BN yang terdiri daripada Parti-Parti Tempatan yang Nasionalis. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada anda untuk merujuk pendedahan hasil kajian daripada En.Zainnal Ajaimain yang telah merungkai segala persoalan yang selama ini telah menjadi tanda tanya kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang status Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ia adalah satu kajian yang berjaya dan mesti diberikan penghormatan dalam menyelesaikan kefahaman tentang "Adakah Malaya telah Menyamar Menjadi Malaysia? (Is Malaya Masquerading as Malaysia?)". Jawapannya adalah YA. Klik link ini (http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/2014/11/defining-malaysia-is-malaya.html) untuk membacanya. Mohon En.Zainnal Ajamain agar dapat menyediakan versi dalam Bahasa untuk memudahkan pembacaan dikalangan mereka yang kurang faham dalam bahasa English.


Keenam dan yang terakhir [6], saya menyerahkan perkara ini ditangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Sama ada mereka menentang perjuangan ini, itu hak mereka. Begitu juga dengan mereka yang menyokong perjuangan ini adalah hak mutlak mereka. Tiada sesiapa yang berhak untuk mengatakan bahawa rakyat menentang perjuangan seperti ini mahupun menyokong. Ini kerana sejarah Negara Sabah sejak dahulu telah dan sudah membuktikan dengan nyata bahawa kerajaan yang telah menindas rakyat akan berakhir serta-merta apabila rakyat sudah benar-benar bangkit. Saya tidak menafikan bahawa ramai yang menentang namun majoriti yang menyokong melalui pandangan dan pemerhatian saya secara peribadi. "Silent Majority" adalah raksasa yang amat digeruni oleh mana-mana kerajaan. Adakah anda yakin bahawa "Silent Majority" ini berada dipihak kerajaan? Kita bersama-sama nantikan kemunculan mereka pada PRU-14.

Saya tidak menafikan bahawa gangguan daripada pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong bn-umno kini semakin rancak namun pada masa yang sama juga kebangkitan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak juga semakin  bertambah rancak sehingga mereka berbangga dan tida takut untuk memberikan keterangan di Balai Polis. Jika ditangkap, bagi mereka, hidup dan mati hanya sekali. Jikalau mati, biarlah mati sebagai seorang Pejuang Bangsa dan bukan sebagai seorang Pengkhianat yang menjahanamkan Bangsa dan Negara. 

Harap Maklum.


Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh NGO SSPR yang telah membantu dan bekerjasama dengan pihak kami dalam merancakkan pungutan tandatangan dikalangan penduduk Negara Sabah di Pekan Kundasang, Ranau pada 7 November 2014 dan Tambunan pada 9 November 2014.

Sepanjang aktiviti mereka dijalankan di Tambunan, pihak Polis telah menghantar CID dan SB untuk memantau pergerakkan aktiviti memungut tandatangan. Gambar dan video telah dirakamkan untuk tujuan catatan rekod Polis. 

Pihak Polis juga telah mengajukan soalan-soalan kepada ahli-ahli SSPR yang dipimpin oleh En.Jalibin Paidi. Segala persoalan dijawab dengan bijak, matang dan professional tanpa sebarang masalah.

Sebaik sahaja aktiviti memungut tandatangan di Tambunan berakhir, pihak SSPR telah dimaklumkan oleh pihak Polis bahawa mereka perlu datang ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ranau untuk memberikan keterangan pada 11 November 2014.

Pihak SSKM juga telah difahamkan bahawa IPD Keningau juga akan datang untuk mendapatkan keterangan mereka kerana aktiviti tersebut dilakukan di daerah Tambunan yang merupakan dibawah jagaan IPD Keningau.

Polis telah menyenaraikan 10 nama ahli-ahli SSPR yang perlu datang ke Balai untuk memberikan keterangan. Mereka adalah seperti berikut:

En.Ungkung J.Dusin, En.Jalibin Paidi, En.Vatius Mojitoh, En.Wilson Mahat, Cik.Feruna Jaumi, En.Azman Mohamad, En.Jacky Mait, En.Albius Jalio, En.Joseph Kolis dan Cik.Laupima Ibin.

Sesi mengambil keterangan bermula pada jam 10.45am dan berakhir pada jam 4.00pm.

Melalui maklumat yang disampaikan oleh En.Jalibin yang merupakan Presiden NGO Satu Semangat Perjuangan Rakyat (SSPR), beliau mengatakan bahawa seramai empat (4) anggota Polis telah menyoal mereka satu persatu. Antara soalan yang ditanya oleh pihak Polis ialah "Siapa Ketua? Apa Peranan? Apa tujuan pungut tandatangan? Siapa yang suruh? Apa itu SSPR dan SSKM? Apa yang terkandung dalam MA63? dan siapa semua yang terlibat?"

Selain itu juga, latar belakang semua ahli yang tersenarai dalam 10 orang telah disoal dan direkodkan. Respon daripada En.Jalibin berhubung dengan perkara ini ialah beliau berpuas hati dengan cara pihak Polis membuat siasatan kerana ia dilakukan tanpa sebarang kekerasan, professional dan sangat berbudi bahasa.

Menurut pegawai penyiasat, hasil siasatan tersebut akan dipanjangkan ke Pejabat Peguam Negara untuk diputuskan sama ada pendakwaan dilakukan ataupun tidak.

Apabila diminta perkongsian beliau tentang apakah perkara yang menarik sepanjang sesi memberi keterangan tersebut, beliau mengatakan bahawa pihak mereka gembira kerana dapat memberikan mereka kefahaman tentang Perjanjian Malaysia 1963 dan kepentingannya terhadap Bangsa Negara Sabah serta mengapa ia perlu dituntut secara demokrasi mengikut undang-undang.

Sebarang pendakwaan keatas pergerakkan dan aktiviti memungut tandatangan ini akan dibela oleh Barisan Peguam Nasionalis Borneo. 

Persoalannya, adakah aktiviti memungut tandatangan ini merupakan satu kesalahan? Tidak. Jikalau terdapat pendakwaan, ia akan dibuktikan didalam makhamah.



Harap Maklum.


Salam sejahtera, Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali Ke-51 Tahun. Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan aktiviti yang telah dilakukan oleh Tenaga Penggerak Sukarelawan SSKM yang bergerak dibawah NGO berdaftar yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK dengan kerjasama NGO Tempatan di Ranau iaitu Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR) dibawah kepimpinan En.Jalibin Paidi.

Untuk pengetahuan umum, pada 25 October 2014, satu aktiviti Kerjasama NGO SSKM-SSU(UK) & SSPR telah berlangsung di Pekan Ranau yang bertujuan untuk memungut tandatangan bagi menyokong Perjuangan dalam membawa Petition SSKM kepada Perhatian United Nation (UN) agar Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dikaji semula statusnya.

Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan maklum balas yang diperolehi daripada orang ramai sangat baik dan membina. Penerangan secara ringkas dan padat telah diberikan sebelum tandatangan dipungut. Satu perkara yang perlu diketahui ialah tiada paksaan terhadap mana-mana individu yang menurunkan tandantangan mereka pada petition tersebut.

Sebaik sahaja aktiviti tersebut selesai, pihak SSPR dibawah kepimpinan En.Jalibin telah dipanggil pihak Polis untuk membuat keterangan berhubung dengan aktiviti yang telah dijalankan. Menurut beliau, terdapat pihak yang telah membuat laporan Polis yang kononnya aktiviti tersebut telah melanggar akta perhimpunan awam.

Sebaik sahaja pihak SSPR yang diwakili oleh En.Jalibin Paidi dan En.Ady Kaloy menghadirkan diri dibalai Polis untuk memberikan kerjasama, pelbagai jenis soalan telah dihujankan kepada mereka. Namun, jawapan diberikan dengan tenang, matang dan professional.

Setelah keterangan diberikan, En.Jalibin mengatakan bahawa individu yang membuat laporan Polis terhadap aktiviti yang dianjurkan tempoh hari adalah Polis sendiri. Ini bermaksud, Polis telah membuat laporan Polis itu sendiri. Pelik tapi benar dan itulah realiti yang berlaku. Menurut beliau lagi, keterangan yang telah diambil kononnya akan dibawakan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Satu program yang sama telah diadakan di Kota Marudu yang mana SSKM-SSU(UK) telah bekerjasama dengan NGO Momogun Movement For Self Determination (MOSIK) pada 18 October 2014 dibawah kepimpinan En.Jebon Jenaun. Aktiviti tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Polis dan seorang CID telah datang menghadirkan diri untuk mengetahui info yang disampaikan dalam pertemuan tersebut. Walau apapun, ia bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, satu kejadian yang mana sepasukan Polis daripada balai Polis Pitas dan Kota Marudu telah datang ke kawasan Kanibongan di Kg.Sinukab, Pitas. Melalui maklumat yang diterima, salah satu penduduk kampung tersebut telah membuat laporan kepada seorang lantikan BN yang diberikan jawatan sebagai pemaju mukim kanibongan Pitas tentang aktiviti Pungutan Petition. Orang lantikan politik tesebut telah membuat laporan polis di daerah pitas. Tarikh dan masa kejadian tidak dapat disahkan kerana terdapat halangan komunikasi yang sedang diusahakan untuk diselesaikan.

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin maklumkan kepada umum khususnya kepada anggota keselamatan iaitu Polis bahawa setiap pertemuan dan aktiviti yang bakal diadakah adalah mengikut garis panduan undang-undang. Tiada istilah fitnah mahupun penipuan yang disampaikan tetapi adalah lebih kepada Perkongsian Maklumat seperti Sejarah berfakta untuk Kesedaran Awam. Bak kata pepatah mengatakan "Lukai saya dengan Kebenaran tapi jangan Tenangkan saya dengan Penipuan".

Oleh itu, pihak SSKM ingin meminta agar semua Sukarelawan-sukarelawan yang merupakan Pejuang-Pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Pejuang Kebangsaan Negara Sarawak untuk memaklumkan kepada pihak SSKM-SSU(UK) secepat yang mungkin jikalau terdapat sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti Pungutan Tandatangan agar kejadian-kejadian seperti ini dapat direkodkan untuk rujukan. 

Harap Maklum.

Saya Doris Jones ingin membuat satu kenyataan rasmi mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan daripada satu pihak yang jelas bertujuan untuk memperlekehkan usaha dan perjuangan SSKM yang bergerak dibawah nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK. Pihak yang saya maksudkan ialah daripada pihak Sarawak People's Aspiration (SAPA) yang dipimpin oleh Lina Soo.

Kenyataan saya ini bukan bertujuan untuk mencalarkan imej perjuangan SAPA namun adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan perjuangan ini daripada terus dihina dan difitnah oleh mereka dalam kumpulan NGO SAPA.

Saya akan menjawab persoalan demi persoalan yang telah dikemukan kepadanya daripada seseorang dengan jawapan daripada pihak SSKM sendiri dan BUKAN daripada pihak SAPA.

Soalannya adalah adakah Tandatangan di Go-Petition itu tidak sah dan batal?

Untuk soalan ini, saya telah maklumkan kepada umum dahulu bahawa ia sebenarnya adalah sah dan diterima sebagai satu Petisyen rasmi. Go-Petition telah berjaya dalam membantu banyak NGO diperingkat antarabangsa dalam membawakan permasalahan dan perjuangan mereka kepada perhatian kerajaan dan dunia. Ia juga telah berjaya dibawakan ke dalam sidang Parlimen antarabangsa dan tindakan serta maklumbalas terhadap petisyen daripada Go-Petition adalah sama keberkesanannya terhadap petisyen yang dibuat secara manual. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh Pihak Pentadbiran Go-Petition. Kenyataan yang mengatakan bahawa Go-Petition Online itu tidak sah dan tidak akan diterima adalah tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan umum, pihak SSKM adalah terlebih dahulu memulakan pungutan Petition pada 2012 secara online dengan target menimum sebanyak 300,000. Ini merupakan standard antarabangsa.

Saya berasa hairan dengan kenyataan daripada Presiden SAPA iaitu Lina Soo yang seolah-olah menampakkan dirinya itu hebat sangat sehingga berani memberi jaminan sedemikian rupa dengan menafikan bahawa Petition yang dilakukan oleh pihak SSKM ini adalah "Null" dan "Void".

Antara poin yang digunakan untuk menafikan usaha pihak SSKM ialah "Sesiapa juga boleh menandatangani Petisyen Online ini.  Biarpun Elvis Presley, Michael Jackson, Cleopatra dan sebagainya". Terdapat juga kenyataan daripada seseorang yang mengatakan "memang benar, sebab saya juga telah melakukannya berulang kali".

Tidakkah mereka, iaitu pihak SAPA pernah terfikir akan kesan daripada kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini kepada usaha untuk membawa suara Borneo ini diperingkat antarabangsa? Jikalau mereka mengatakan sedemikian rupa, saya juga boleh katakan sama seperti mereka bahawa "Elves Presley, Nelson Mandela, Micheal Jackson (termasuk mereka yang sudah meninggal) dan sebagainya juga boleh menandatangani petisyen SAPA." Bagaimana? Sedap untuk anda dengar? 

Pihak SSKM tidaklah sebegitu bodoh seperti yang pihak SAPA fikirkan. Pihak kami mempunyai Kumpulan yang bertanggungjawab untuk membuat penapisan terhadap petisyen tersebut. Maklumat yang dilihat seperti SPAM ataupun palsu akan dipadamkan daripada sistem. Pihak kami tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku sama sekali. Pihak kami akan membuat semakan demi semakan setiap minggu dan bulan. Tidak dapat dinafikan bahawa memang ada golongan individu mahupun kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang mensemakkan petisyen online SSKM. 

Setakat ini, pihak SSKM tidak pernah melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab terhadap petisyen SAPA. ini kerana pihak SSKM menghormati perjuangan SAPA yang BERBEZA daripada SSKM.

Pihak kami akan mencetak semua maklumat dalam Petisyen Online SSKM untuk dibawakan sebagai bukti bahawa ia adalah suara rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Saya juga ingin membuat kenyataan rasmi bahawa pihak SSKM TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN SAPA DALAM APA CARA SEKALIPUN. Ini kerana teras perjuangan mereka tidak selari dengan teras dan prinsip SSKM yang memfokuskan kepada Perjuangan yang Demokrasi, Matang dan Professional tanpa menabur fitnah terhadap mana-mana pihak. Pihak SSKM hanya akan membuat satu-satu kenyataan rasmi jikalau mana-mana pihak cuba menfitnah perjuangan SSKM ini yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang telah berdaftar secara sah dibawah Perundangan Bidang Kuasa United Kingdom (UK).

Untuk di Borneo khususnya di Negara Sabah, pihak SSKM mempunyai persefahaman dengan NGO Momogun Seek For Self-Determination (Mosik), Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR), United Borneo Front (UBF), Sabah Freedom Movement (SFM) dan Borneo Youth Revival (BYR).

Diperingkat antarabangsa pula, pihak SSKM yang bergerak dibawah nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK mempunyai hubungan kerjasama lebih daripada 60 NGO antarabangsa tetapi saya ingin nyatakan 12 daripada NGO yang saya aktif dalam pergerakan mereka. NGO tersebut adalah Transnational Government of Tamil Ealam (TGTE), Kurdhistan Government in EXILE, Kesri Lehar-Sikh Genocides, Balochistan Human Rights Movement, Sindhi Movement, Freedom for West Papua, Freedom for Catalonia, Yes England, Referendum for Scotland, Free Tibet, Freedom for Welsh, Sourthern Cameron Freedom Movement, South Azerbaijen Campaign for Freedom.

Ramai yang bertanyakan kepada saya, adakah kami perlu membawa kedua-dua petisyen ini iaitu Petisyen SSKM dan SAPA apabila bergerak untuk memungut tandatangan? Saya memberikan mereka penjelasan seperti berikut. 

Adalah sukar untuk berbuat demikian. Anda perlu memutuskannya sama ada mahu membawa petisyen SSKM ataupun SAPA sahaja. Ini kerana anda akan mengalami kesukaran untuk memberi penerangan kepada rakyat nanti. Ini kerana, bagaimana anda ingin menerangkan mereka untuk satu petisyen dengan penerangan yang panjang lebar dan apabia beralih kepada satu petisyen lagi, anda perlu melakukan perkara yang sedemikian juga? Apabila masalah ini timbul, ia bakal mengelirukan orang awam seolah-olah ada dua kumpulan yang sedang bersaing untuk membawa Perjuangan ini diperingkat antarabangsa. Namun, jikalau para sukarelawan sanggup untuk membawa kedua-dua petisyen ini sekali, tiada halangan untuk berbuat demikian. Dengan syarat, jangan memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Perkara yang berlaku di Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak sememangnya telah mendapat perhatian antarabangsa dan setiap pergerakan dan permasalahan yang timbul dimaklumkan kepada United Nation (UN)-UK agar mereka memahami keadaan yang sedang berlaku. Ini kerana, saya sendiri merupakan ahli United Nations (UN)-UK yang sah.

Disini, saya ingin mengambil satu langkah yang membina iaitu saya bagi wakil SSKM yang bergerak dibawah NGO berdaftar dibawah Perundangan United Kingdom (UK) yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK berharap agar pihak SAPA menghentikan usaha mereka yang merendahkan usaha pihak SSKM kerana pihak SSKM tidak pernah untuk merendahkan usaha SAPA malah menghormati serta membantu secara tidak langsung.

Jentera yang digunakan adalah berbeza namun misi adalah tidak jauh bezanya. Jangan ganggu usaha pihak SSKM dan pihak SSKM juga tidak mengganggu SAPA.

Saya berharap kenyataan rasmi ini mampu untuk mencerahkan keadaan yang selama ini timbul. Setiap perbezaan mempunyai keunikannya tersendiri dan biarlah ia menjadi kelebihan masing-masing tanpa ada prasangka yang negatif. Siapa yang dulu berjaya, ingin pihak SSKM ucapkan tahniah terlebih dahulu.

Bukan nama yang menjadi rebutan tetapi nasib Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak itu yang menjadi misi utama untuk diperjuangkan.



Harap maklum.

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.