Ada orang cakap begini... (Sila klik link dibawah untuk membaca artikel penafian mereka)


Kami jawap begini ……

Kita harus menerima hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah di bentuk melalui Perjanjian Malaysia 1963, ini pula di saksikan oleh Negara United Kingdom – ini di buat pada 9 July 1963.

Namun apabila rang undang-undang Malaysia di luluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya, mereka tidak menukar tafsiran “Persekutuan” didalam rang undang – undang tersebut. Perkataan “Persekutuan” mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia bermaksud “Persekutuan yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957”. Ini bererti mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang Sabah, Sarawak dan Singapura di masukkan sebagai “Negeri-Negeri Persekutuan”.

Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965 oleh kerana Singapura tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Singapura hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963. Seperti mana Singapura – Sabah dan Sarawak juga tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – mengapa Sabah dan Sarawak di masukkan sebagai sebuah daripada negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu??

Kita tidak cuba untuk mengelirukan para pembaca oleh kerana para pembaca boleh melihat sendiri buktinya dalam Perlembagaan Malaysia seperti berikut:

Perkara 1(1) Persekutuan hendaklah dikenali , dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dengan nama Malaysia.

Perkara 1(2) Negeri-Negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah , Kelantan , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang , Penang , Perak , Perlis , Sabah Sarawak , Selangor dan Terengganu.

Namun dalam Perkara 160 tafsiran Perlembagaan Malaysia mentafsirkan “Persekutuan” sebagai berikut:

Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di meterai pada tahun 1957 sementara Perjanjian Malaysia di tandatangani pada tahun 1963 – dimana kekeliruan ini sekiranya ada?

Seperti dalam Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia hanya nama Malaysia saja di ganti dan bukannya menggunakan nama Persekutuan Malaysia seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini bermakna Persekutuan Tanah Melayu menggunakan nama Malaysia sebagai topeng, namun pada zahirnya ia masih lagi Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk pada tahun 1957.

Ini satu penipuan besar yang telah berlarutan selama 51 tahun sejak tahun 1963 lagi. Seperkara lagi tiada terdapat perkataan Perjanjian Malaysia 1963 terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi kenapa ada juga orang di Sabah yang masih mahu menegakkan benang yang basah?

Jangan Buyuk Sabah ….. bah!!!

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.