SAYA yang sudah tua pada umur menjangkau 74 tahun ini semakin merasa sangat rimas dengan tingkah-laku pemimpin-pemimpin Persekutuan Malaysia yang melayan amat buruk sekali rakyat Sabah.

Terlalu banyak perbuatan buruk mereka terhadap kita sehingga kertas pun mungkin tidak cukup untuk menyenaraikan kejahatan mereka.

Apa tidak jahat lihatlah hasil Sabah telah dihisap habis oleh Malaya sampai kita yang kaya ini telah menjadi yang termiskin di antara 13 negeri dalam Malaysia, walhal Sabah adalah sebuah negara asalnya.

Laporan RCI yang dikeluarkan kepada umum di Kota Kinabalu semalam adalah salah satu bukti kerajaan Persekutuan memperbodohkan Sabah.

Semua kita tahu kebanjiran pendatang haram dari Indonesia dan Selatan Filipina di Sabah adalah angkara jahanam Persekutuan.

Pihak keselamatan seperti askar, polis dan imigresen gagal sama sekali menampan kemasukan pendatang haram. Bukan setakat gagal beberapa kali, tetapi gagal setiap saat selama berpuluh tahun!

Bukankah ini telah memperbodohkan rakyat Sabah?

Apabila pendatang ini yang majoritinya orang Islam sudah berada di bumi Sabah, maka sekali lagi pihak-pihak berwajib yang sepatutnya menjaga keselamatan Orang Asal, gagal pula menangkap para pendatang ini.

Mereka bebas berkeliaran di sana sini, berniaga malah mengancam keselamatan penduduk tempatan dan pengunjung ke Sabah.

Jabatan Imigresen tidak dapat berbuat apa-apa, manakala Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pula sibuk mendaftarkan penadatang sebagai warganegara sehinggalah hari ini.

Didaftarkan lagi sebagai pengundi. Kalau dulu mereka ini dibiarkan mendirikan rumah-rumah setinggan di pesisir pantai, pulau-pulau dan tepi bandar, sekarang sudah ada kalangan mereka ini membeli rumah pangsa murah yang dibina kerajaan pusat di Sabah.

Mereka ini sudah beranak-pinak, beratus ribu mereka di sini, penduduk tempatan Kadazandusun, Murut, Rungus, Bajau, Sungai, Cina dan lain-lain pula hanya berdiam diri malah ada yang mengambil kesempatan menyewakan rumah mereka kepada pendatang, syukur saja dapat duit sewa.

Inilah kerja kerajaan persekutuan Malaysia, menambahkan penduduk Islam di Sabah tak kiralah kalau Sabah ini dan Malaysia ini akhirnya di"Indonesiakan".

Maka tidak hairanlah menteri-menteri persekutuan pun dari Indonesia dan begitulah para pegawai kerajaannya.

Orang tempatan seperti saya sebut tadi pula terus dipinggirkan. Anak-anak mereka sukar mendapat pekerjaan, akibatnya banyak keluarga Orang Asal merosot pendapatannya dan tidak stabil kehidupan mereka. Senanglah lagi diperbodohkan.

Inilah yang saya katakan kerajaan pusat memperbodohkan rakyat asal Sabah, Anak Negeri Sabah. Hanya Tuhanlah yang tahu membalas kejahatan dan kezaliman mereka yang semakin bertimbun dan semakin meningkat sekarang.

Dalam pandangan saya sebagai seorang yang berumur 74 tahun, mereka ini telah merosakkan negara Malaysia. Mereka telah menghancurkan Malaysia yang sebenarnya. Tiada keadilan di sini.

Mereka pasti menerima balasan dari Tuhan tak lama lagi. Bau kejahatan mereka sudah sampai ke syurga, menunggu masa bala menimpa mereka yang lebih berperangai seperti Setan "walaupun salah, mereka tak mengaku kesalahan, terus menafikan, malahan seakan-akan mereka ini langsung tidak takut lagi kepada Tuhan yang Maha Kuasa". Nanti mereka menerima tulah mereka. 

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.