Rakyat sebenarnya tahu dan nampak, siapa "Penjajah", "Agen penjajah" dan “Pengkhianat” sebenar! Dan rakyat juga tahu siapa rakyat atau pemimpin yang benar-benar berjuang memelihara dan melindungi kedaulatan dan keselamatan Negara Bangsa Sabah!

Sejarah membuktikan, sifat "Agen Penjajah" kadangkala lebih jahat, hina dan keji daripada "Penjajah"! Kerana "Agen Penjajah" mengkhianati negara dan bangsa sendiri semata-mata kerana agenda, motif dan muslihat untuk mendapatkan suaka politik, kedudukan jawatan atau kepentingan periuk nasi sendiri! Mereka bukan membela kedaulatan, keselamatan, maruah dan nasionalisme Negara Bangsa Sabah, tetapi mereka hanya mahu membela diri sendiri untuk kepentingan sendiri!

Bagi mencapai agenda, motif dan muslihat mereka, “Agen Penjajah” terpaksa memutar belit fakta, menipu, berbohong, berpura-pura, bermuka-muka, memeras ugut, menindas, bertindak zalim, menganiaya, memecat, membunuh, memenjara atau menyeksa rakyat Negara dan Bangsa Sabah! Atas pengaruh, tekanan dan kerjasama pihak “Penjajah”, “Agen Penjajah” bertindak sebagai boneka atau proksi, menjadi Pak Angguk, Pak Turut, Pak Unta dan Pak Hamba kepada “Penjajah”! Mereka mewujudkan dan berselindung di sebalik pelbagai sistem dan peraturan yang mengikat dan menindas hak dan kuasa rakyat! Mereka menggubal pelbagai sistem untuk menutup kebangkitan kesedaran kebangsaan, menutup pemikiran dan suara rakyat!

Sedangkan “Penjajah” menjajah untuk tujuan meluaskan empayar atau jajahan takluk, meluaskan kuasa dan pengaruh, mendapatkan sumber ekonomi/ bahan mentah, mendapatkan kawasan pasaran baru, mendapatkan kekuatan dalam aspek keselamatan, dan menyebarkan agama atau tamadun mereka dengan menjajah negara-negara atau wilayah-wilayah lain yang mereka anggap lebih lemah.

“Agen Penjajah” merujuk kepada seorang rakyat, atau sekumpulan individu rakyat, atau pemimpin, atau pertubuhan dalam sesebuah negara yang dipergunakan atau diperalat oleh “Penjajah” untuk mencapai agenda penjajahan pihak “Penjajah”! Justeru, “Agen Penjajah” bersubahat dengan “Penjajah", dan mereka mempunyai hubungan terancang dan sulit untuk mencapai agenda bersama! “Agen Penjajah”, mereka licik dan pandai bermuka-muka, berpura-pura bagi menunjukkan mereka baik dan betul, mencanangkan sesuatu isu bagi mengaburi atau mengalihkan minda rakyat, menghulurkan bantuan-bantuan bersifat sementara, tetapi hakikatnya mereka adalah petualang, pengkhianat, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, api dalam sekam, kanser dalam daging sebenar! Sifat-sifat buruk, jijik dan keji yang dimiliki oleh “Agen Penjajah” inilah yang menyebabkan mereka dianggap sebagai “Pengkhianat”!

Dalam konteks Negara Sabah, "Penjajah" bermaksud pihak yang telah menyebabkan Sabah kehilangan kuasa kemerdekaan dan kedaulatan sebagai sebuah "Negara". “Penjajah” ini telah memungkiri dan mengkhianati Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. “Penjajah” inilah yang telah menyebabkan Sabah kehilangan kuasa politik, kuasa ekonomi dan sumber-sumber kekayaan! “Penjajah” inilah yang telah menjajah minda rakyat Negara Sabah melalui penipuan dan manipulasi sejarah kenegaraan. “Penjajah” dan “Agen Penjajah” inilah yang telah bersama-sama bersubahat menurunkan taraf “Negara Sabah” kepada “Negeri Sabah”!

“Penjajah” inilah yang telah membawa seribu satu macam penyakit dan masalah ke Sabah melalui kerjasama “Agen Penjajahan” yang telah menjadi “Pengkhianat”! “Penjajah”, “Agen Penjajah” dan “Pengkhianat” ini telah bersama-sama mewujudkan “Projek IC”, “Projek Kewarganegaraan Songsang”, “Projek Pengundi Hantu”, “Projek Pengundi Disewa Beli”, “Projek Membeli ADUN”, “Projek Memindahkan Pengundi”, “Projek Menggugurkan Senarai Nama Pengundi”, “Projek Sijil Lahir”, “Projek Menambahkan Kawasan ADUN/Parlimen”, “Projek Merampas Tanah Sabah”, “Projek Merampas Tanah NCR Masyarakat Native”, “Projek Dasar Kabotaj (Carbotage Policy), “Projek GST”, “Projek Merampas Minyak dan Gas Sabah”, “Projek Merampas Cukai Sabah”, dan seribu satu macam lagi projek yang telah membawa penyakit kronik ke Sabah!

Justeru, rakyat tahu dan nampak, “Siapa Penjajah, Agen Penjajah dan Pengkhianat” yang sebenar yang telah merosakkan Negara Bangsa Sabah! Jika rakyat sudah tahu dan nampak, adakah rakyat faham, sedar dan insaf? Apa tindakan yang patut mereka buat sekarang? Fikir-fikirkan..!

Sumber: Borneo Nationalist

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.