Sekolah satu aliran tidak boleh dilaksanakan di negara ini, demikian pendapat Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Katanya, menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, ini kerana, sekolah vernakular sudah lama menjadi warisan kemerdekaan negara.

"Di Indonesia, Thailand, Filipina dan Mynamar, apabila merdeka, mereka berasaskan konsep asimilasi, tetapi di Malaysia berasaskan integrasi.

"Maknanya, memperakui perbezaan yang ada dalam masyarakat kita dan memberikan ruang kepada perbezaan itu supaya boleh berkembang sendiri," beliau dipetik berkata dalam wawancara bertajuk "Berpecah bukan sebab bahasa".

Menurutnya, mereka yang mencadangkan sekolah satu aliran bagi menggantikan sekolah vernakular tidak faham sejarah negara.

"Kita tak tutup sekolah Inggeris tetapi (buka) sekolah persendirian. Sekolah Cina dan agama pula, ada yang persendirian dan dibiayai kerajaan. Sekolah Tamil pula dibiayai kerajaan.

"Ini tidak boleh ditukar kerana ini perjanjian kemerdekaan.

"Orang yang mencadangkan sekolah satu aliran itu tidak tahu dan tidak faham tentang sejarah negara kita," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu. – 19 Julai, 2015.

Labels:

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.