Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan menghadiri acara khas bagi memperingati sejarah Sarawak Merdeka di Bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya pada 22 Julai ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan hari ini, majlis itu akan dimulakan pada 10.30 pagi selepas ketibaan kedua-dua tetamu kehormat itu dan isteri mereka.

Semua tetamu lelaki dinasihatkan memakai sut atau jaket putih, pakaian kebangsaan atau tradisional masing-masing manakala tetamu wanita memakai baju kurung.

Acara itu akan menampilkan persembahan khas berkaitan detik bersejarah itu dan disusuli dengan ucapan Ketua Menteri, kata kenyataan itu.

Menteri-menteri Kabinet negeri dan Menteri-menteri Persekutuan, anggota-anggota Dewan Undangan Negeri, Anggota-anggota Parlimen, ketua-ketua jabatan kerajaan dan orang kenamaan juga akan menghadiri majlis itu.

Pada 22 Julai 1963, gabenor terakhir kerajaan British Sir Alexander Waddell meninggalkan Astana (kediamannya) dan menaiki sebuah sampan putih untuk menyeberangi Sungai Sarawak bagi menyerahkan kerajaan Sarawak kepada rakyatnya.

Hari bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir juga merupakan hari mesyuarat Kabinet negeri pertama, yang dipengerusikan Ketua Menteri pertama Datuk Stephen Kalong Ningkan, diadakan.

Sarawak kemudian menyertai Sabah, Malaya dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. – Bernama, 19 Julai, 2015.

Labels: ,

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.