KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee (gambar) percaya, tiada seorang pun daripada bekas Ketua Menteri dan bekas Menteri Kewangan Sabah yang tahu mengenai peruntukan “40 peratus” hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tahu dan tidak berbuat apa-apa tentu sekali salah. Persoalannya adalah, apa tindakan kerajaan Sabah dan menteri persekutuan dari Sabah mengenainya sekarang?” beliau bertanya.

“Apabila dimaklumkan mengenai hak 40 peratus itu, seperti pembatalan pajakan tanah 999 tahun, saya sama ada boleh berpaling dan tidak berbuat apa-apa, seperti apa yang dilakukan sesetengah menteri sekarang dan beberapa bekas Ketua Menteri.

“Atau saya boleh memberi input terbaik saya dan menghadapi risiko dikritik. Tempoh jawatan saya sebagai Ketua Menteri 17 tahun selama dua tahun daripada 52 tahun adalah tidak penting,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Mengulas kenyataan seorang lagi bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh, Yong gagal menuntut “hak 40 peratus” yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan.

“Sudah ada enam Perdana Menteri, sembilan menteri kewangan persekutuan, 13 Ketua Menteri Sabah dan Sembilan menteri Kewangan Sabah. Ramai sekali pegawai di Jabatan Peguam Negara dan kementerian kewangan di peringkat negeri dan persekutuan yang bertanggungjawab merangka bajet.

“Selepas 52 tahun bajet persekutuan,baru sekarang ‘hak 40 peratus’ ini dapat dibawa ke arus perdana penggubalan dasar Malaysia,” katanya.

Yong memuji Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana menemuinya, dan keberanian Menteri Luar, Datuk Anifah Aman untuk membawa perkara itu sehingga kepada Perdana Menteri yang wajar diberi pengiktirafan.

Menurut beliau, Anifah menghadapi risiko besar menyinggung Umno dan Perdana Menteri.

“Beliau mungkin pun kehilangan pekerjaannya kerana tuntutan ‘40 peratus’ ini dan hak lain Sabah.”

“Anifah dan Dr Jeffrey patut menerima sokongan rakyat Sabah dalam peijuangan untuk hak-hak Sabah. Saya mahu tanya, Harris, bukankah kamu rakyat Sabah juga? Di mana Harris, saya sendiri dan bekas Ketua Menteri lain tidak berhasil, kita sekarang harus membantu generasi baharu rakyat Sabah untuk beijaya,” katanya.

Yong berkata “hak 40 peratus” itu bukanlah yang pertama atau terakhir dalam penemuan dan idea bagi perjuangan Sabah untuk autonomi penuh.

“Dengan kerajaan persekutuan kini bergantung pada Sabah dan Sarawak, satu tetingkap peluang wujud untuk negeri-negeri di Borneo membetulkan ketidakadilan masa lalu.

“Kebangkitan rakyat Sarawak, malah Johor menyerlahkan bahawa Malaysia adalah sebuah persekutuan rakan setara, bukan sebuah negara kesatuan dengan kuasa yang terlalu berpusat di Putrajaya.

“Saya bersetuju dengan Harris bahawa kita harus melihat aspek lain hak Sabah. Harris boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta pengembalian Labuan dan agensi persekutuan kepada Sabah, meminta Felda menyerahkan 200,000 ekar tanahnya kepada peneroka, mengetatkan imigresen ke dalam Sabah, meningkatkan royalti minyak bagi Sabah, memberi jaminan hak Sabah terhadap minyak dan gas yang baru ditemui di Esszone,” katanya.

Dalam satu kenyataan lain sebelum ini, Yong berkata satu perbincangan susulan dan tertutup bersama Anifah, Dr Jeffrey, peguam Hj Ansari Abdullah, ahli akademik Zainal Ajamain, beliau sendiri dan lain-lain telah meneliti semua isu berkaitan “hak 40 peratus”itu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Sekarang apa yang tinggal adalah pelaksanaannya. Jika kerajaan persekutuan jujur, maka Perdana Menteri harus membuat komitmen kukuh untuk menghormati hak 40 peratus itu dalam ucapan bajet negaranya pada 23 Oktober.

“Dengan tempoh tiga bulan lagi, menteri persekutuan dan menteri Sabah serta Ahli Parlimen kita mempunyai tugas untuk memastikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membuat komitmen kukuh untuk melaksanakan hak 40 peratus ini dalam ucapan bajetnya,” kata beliau.

Yong berkata, satu lagi hak rakyat Sabah dan Sarawak adalah Borneonisasi perkhidmatan awam. 

Kes Borneonisasi yang difailkan pada 2011 untuk mendesak kerajaan persekutuan melaksanakan Borneonisasi perkhidmatan awam seperti diperuntukkan dalam Perjanjiait Malaysia 1963 akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada 20 Ogos 2015 atas isu locus standi, katanya.

“Jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepada plaintif, maka itu bermakna kita telah sampai ke penghujung proses kehakiman di Malaysia. Rakyat Sabah ketika itu tiada pilihan kecuali memulakan tindakan undang-undang di United Kingdom atau membuat petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Pengantarabangsaan kes Borneonisasi hanya dapat dielakkan jika kerajaan persekutuan melaksanakan Borneonisasi perkhidmatan awam tanpa sebarang kelewatan lagi,” katanya.

Yong mendakwa rakyat Sabah sudah bosan dengan jawatankuasa demi jawatankuasa untuk “mengkaji” isu Sabah seolah-olah semua isu itu adalah baharu.

“Satu contoh ketara adalah laporan RCI yang tidak ke mana. Apa yang telah dibuat mengenai Jawatankuasa Teknikal RCI yang belum lagi melapor kepada satu lagi jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Utama?

“Tidak ada pun jawatan kepada usul kami tentang cadangan IC Sabah yang diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal,” katanya.

23/07/2015 Harian Ekspres

Source: Mary Siah
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.