Nadira Ilana merupakan seorang anak kelahiran Bangsa Negara Sabah yang berasal daripada daerah Keningau. Beliau telah berjaya membuat satu dokumentasi Sejarah Politik Tanah Air Negara Sabah melalui videonya yang mana dokumentasi yang telah dilakukan merupakan satu siri pendedahan "Rusuhan Tersembunyi" yang pernah berlaku pada sekitar tahun 1986. Pada masa itu, Parti United Sabah National Organisation (USNO) yang dipimpin oleh Allahyarham Tun Mustapha tidak dapat menerima kekalahan Pilihan Raya kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan telah menimbulkan kekecohan dan rusuhan sehinggakan berlakunya kemusnahan harta benda yang banyak dan yang lebih teruk lagi ada kematian di Bandaraya Kota Kinabalu.


Jikalau video diatas ini tidak dapat ditonton, sila klik link INI untuk terus menontonnya di Youtube

Dalam video ini juga, ia menayangkan bagaimana reaksi "Perusuh" yang sebenarnya adalah "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" daripada Selatan Filipina. USNO yang telah mendapat sokongan "Orang Ketiga" telah bertindak dengan agresif dengan membuat letupan di Bandaraya Kota Kinabalu dan ini telah membuatkan Darurat telah diisytiharkan. 

Perusuh yang kemudiannya telah menggunakan Masjid Negara Sabah sebagai tempat perlindungan telah mengotorinya. Najis terdapat dimerata-rata tempat dan ini telah menyebabkan aktiviti ibadat tidak dapat dilakukan pada ketika itu.


Jikalau video diatas ini tidak dapat ditonton, sila klik link INI untuk terus menontonnya di Youtube

Video diatas ini pula menjawab persoalan daripada video "Silent Riot" kerana dalam video tersebut ada mengatakan rusuhan tersebut adalah disebabkan oleh "Ada Arahan daripada Kuala Lumpur" ataupun "Orang Ketiga". Setelah anda menonton video ini, anda akan memahami cerita keseluruhannya bahawa siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan itu.

Anonymous (Siapakah Orang Ketiga Ini?)
Perlu diingatkan bahawa tindakan yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Mustapha pada waktu tersebut adalah disebabkan oleh tindakan PBS yang telah menafikan HAK USNO dalam membentuk Kerajaan sedangkan sebelum Pilihan Raya, PBS yang dipimpin oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan telah berjanji dengan beliau (Allahyarham Tun Mustapha) untuk membentuk Kerajaan Negara Sabah bersama-sama dengan USNO. Namun, janji tersebut telah dimungkiri oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan atas nasihat Ahli Majlis Tertingginya (AMT).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Allahyarham Tun Mustapha, beliau mengatakan "Kami berhempas pulas berkempen untuk membantu PBS memenangi Pilihan Raya, tetapi mereka telah berpaling tadah kepada kami". Selain itu juga, Allahyarham juga mengatakan "Saya punya arahan semua ini disebabkan saya punya MARAH sama Pairin!" Pada waktu yang sama juga, beliau juga membuat satu kenyataan terbuka untuk menerangkan tentang mengapa tindakan tersebut dilakukan di khalayak umum iaitu dihadapan penyokong-penyokong kuat USNO dengan kenyataan sedemikian "Orang yang tidak PATUH undang-undang itu, kita TIDAK ada pilihan lain. Sama ada HIDUP atau MATI. Itu saja. Semua pergi ke masjid "

Diakhir riwayat Allahyarham Tun Mustapha yang merupakan bekas Yang Dipertua Negara Sabah yang Pertama telah menyedari bahawa selama ini beliau telah diperbodohkan, dipermainkan dan dimanipulasikan oleh pemimpin-pemimpin umno daripada malaya kerana telah termakan hasutan untuk merosakkan Negara sendiri. Selain itu juga, beliau kesal atas tindakannya yang penuh dengan emosi dan bersifat peribadi telah mendorongnya untuk membenarkan umno masuk ke Negara Sabah melalui Pembubaran Parti USNO pada tahun 1991 demi memberikan laluan kepada umno yang mana tanpa disedarinya, atas tindakan tersebut, segala harta benda milik USNO ketika itu telah jatuh ke tangan umno dan menjadi harta milik umno sepenuhnya secara langsung. Setelah menyedari hakikat ini, beliau telah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menumbangkan umno tetapi perjuangan beliau telah berakhir kerana Maha Pencipta telah memanggilnya.

Dalam kisah ini, PBS juga telah melakukan satu kesilapan yang BESAR kerana TIDAK BERPEGANG PADA JANJI yang telah dilafazkan sebelum dan semasa pilihan raya. Ramai yang mengatakan bahawa USNO telah membawa umno masuk ke Negara Sabah tetapi apabila memahami cerita keseluruhannya, apa yang dapat diperkatakan ialah PBS lah yang sebenarnya telah membawa umno masuk melalui tindakannya yang tidak berintegriti pada janji dan kesan kepada kemungkiran janji tersebut membuatkan USNO telah membalas dendam untuk menjatuhkan PBS melalui "Kuasa Ketiga" iaitu umno yang dipimpin oleh mahathir. Ini disebabkan umno telah menghasut Allahyarham Tun Mustapha bahawa umno akan membantunya menjatuhkan PBS. 

Melalui penceritaan ini, ia jelas menampakkan ketamakan, kepentingan diri, dendam dan ketidakmatangan dalam politik telah membuatkan "Kuasa Luar" mengambil kesempatan terhadap Politik di Negara Sabah pada ketika itu. Oleh sebab itulah setelah satu penilaian yang dibuat bersama, semua sebenarnya adalah mainan politik "kerajaan malaya/malaysia" melalui parti umno yang mana pada ketika itu umno merupakan parti yang sangat kuat di malaya (tetapi bukan sekarang kerana mereka sudah hampir nazak!). Perlagaan/Pergaduhan/permusuhan diwujudkan dikalangan pemimpin Negara Sabah agar TIDAK BERSATU PADU dan ini akan memudahkan manipulasi dan campur tangan politik serta kawalan terus kepada Kerajaan Negara Sabah sehinggalah ke hari ini.

Sebelum beliau, Allahyarham Tun Mustapha meninggalkan bumi Negara Sabah yang tercinta, beliau telah berjuang untuk mengembalikan Maruah Bangsa Sabah semula bersama-sama dengan Datuk Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melalui Parti PBS dan beliau sendiri telah menjadi ahli PBS. Beliau juga sempat meninggalkan amanat ini yang MESTI DIINGATI DAN DIJAGA SERTA DISAMPAIKAN KEPADA GENERASI KE GENERASI YANG AKAN DATANG...

Lihatlah wahai Generasi Muda Negara Sabah yang Merdeka lagi Berdaulat... Sejak dahulu lagi Politik Negara kita telah dirosakkan oleh kerajaan malaya/malaysia dengan memperbodohkan pemimpin kita agar bergaduh dan saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama yang lain. Mengapa ingin jatuhkan orang sendiri kalau benar orang yang ingin dijatuhkan itu mahu membawa perubahan dan kemajuan kepada Negara? Mengapa tidak mampu untuk menerima kekalahan? Dan pelbagai lagi persoalan yang boleh diajukan dan dijawap sendiri melalui pemahaman perjalanan politik Negara Sabah yang sebenar ini.

Walau bagaimanapun, ini merupakan sejarah Politik yang berlaku pada tahun 1986 dan seterusnya. Tanggungjawab kita sebagai Generasi Muda Negara Sabah adalah untuk memperbetulkan kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu dan mengambil alih Kepimpinan Kerajaan dan Negara kita apabila masanya sudah tiba. Oleh itu, persiapkan diri anda semua. Timbalah ilmu semampu yang mungkin kerana kita akan pasti menggunakannya apabila masanya telah tiba. 

Bak kata Pepatah daripada Generasi Muda Negara Sabah disampaikan melalui gambar ini dibawah...


*** Parti Politik USNO yang membawa maksud United Sabah National Organisation telah dihidupkan semula dan kini ia dikenali sebagai USNO Baru. Berdasarkan kepada pembacaan, USNO Baru ini masih memegang prinsip perjuangan Allahyarham Tun Mustapha iaitu Sabah for Sabahan. Kalau memang Benar akan prinsip perjuangan tersebut, maka Generasi Muda Negara Sabah yang berada di Pantai Timur Negara Sabah dimohon untuk memberikan SOKONGAN kepada Parti tersebut untuk menegakkan kembali Maruah Negara Sabah manakala untuk bahagian Pantai Barat Sabah pula, buat masa ini, Parti STAR sahaja yang kelihatan memperjuangkan Agenda Negara Sabah dan SOKONGAN PADU MESTI DIBERIKAN KEPADA MEREKA KERANA PRINSIP PERJUANGAN MEREKA SELARI DENGAN KEHENDAK DAN TUNTUTAN GENERASI MUDA NEGARA SABAH PADA MASA KINI IAITU SABAH FOR SABAHAN! DAN UNTUK MELAKSANAKAN PERKARA INI, KONSEP BORNEONISASI MESTI DILAKSANAKAN AGAR GENERASI MUDA NEGARA SABAH DAPAT MEMILIKI PELUANG PEKERJAAN DALAM SEKTOR KERAJAAN NEGARA SABAH. DAN YANG TERPENTING SEKALI, AGAR MASA DEPAN GENERASI MASA HAPADAN TERJAMIN!!!



Untuk Parti Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS), walaupun parti-parti ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin tempatan, tetapi parti-parti ini melalui kaca mata dan pendapat Generasi Muda Negara Sabah, mereka ini tidak ubah dan tidak lain hanyalah membawa Agenda Malaya iaitu ingin meneruskan Penjajahan terhadap Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan cara ingin menghormati Kedudukan Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia. Satu persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat, Mengapa ingin menghormati Kedudukan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perlembagaan Malaysia sedangkan Perlembagaan Malaysia telah digubal untuk menurunkan status Sabah dan Sarawak sebagai "negeri" yang ke-12 dan ke-13 dalam Persekutuan Malaysia. Mengapa TIDAK mahu menghormati Sabah dan Sarawak sebagai "RAKAN KONGSI" dalam Persekutuan dan mengembalikan konsep asal "BERDIRI SAMA TINGGI, DUDUK SAMA RENDAH" dengan malaya?

Dalam erti kata lain, konsep perjuangan mereka adalah sama seperti Parti Barisan Nasional (BN) iaitu TIDAK MAHU STATUS NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK SAMA DENGAN MALAYA TETAPI MENERUSKAN PERBUATAN UMNO-BN UNTUK MENJAJAH BANGSA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. Atas sebab itulah mengapa Generasi Muda Negara Sabah diminta untuk membuat pertimbangan yang SEWAJAR dan PROFESSIONAL ketika musim membuang undi.***

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.