KOTA KINABALU, 10 Ogos 2015: Satu program aman yang bertemakan Black Sunday 2.0 telah dilakukan oleh Pemuda SAPP bagi tujuan kesedaran awal tentang Hari Kemerdekaan Sabah di Gaya Street pada hari Ahad.

Program ini memfokuskan kepada penyebaran kebenaran sejarah yang selama ini tidak diketahui oleh orang ramai khususnya bangsa Sabah.

Dengan berbekalkan bendera lama kerajaan Sabah yang dikibarkan pada tahun 1963 sehingga tahun 1982, poster yang berlakarkan gambar wajah Ketua Menteri Sabah yang Pertama, Tun Fuad Stephens dan Yang Di-Pertua Negara Sabah, Tun Mustapha telah digunakan untuk tujuan program kesedaran ini.

Menurut En.Dexter Chin yang merupakan setiausaha Penganjur Exco Pemuda SAPP, beliau mengatakan bahawa adalah sangat penting bagi orang ramai untuk memperingati sejarah bahawa Sabah adalah berstatus negara pada 31 Ogos 1963 sebelum membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pembentukkan Persekutuan Malaysia adalah berdasarkan kepada konsep Rakan Kongsi Empat Negara yang terdiri daripada Negara Sabah (dahulu dikenali sebagai North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Namun, pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan dan meninggalkan dua negara Borneo ini bersendirian dengan Malaya. Lantas itu, konsep Persekutuan telah diubah dengan penurunan status Sabah sebagai sebuah negara dan rakan kongsi telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 27 Ogos 1976.

Beliau mengulas dengan lebih lanjut lagi dengan menambahkan bahawa apapun yang telah terjadi, Sabah dan Sarawak masih mempunyai kuasa autonomi dalam mengendalikan hal-ehwal kerajaan tempatan. Semuanya in telah termaktub didalam Perjanjian Malaysia dan ia mesti dihormati oleh kerajaan persekutuan. Autonomi penuh perlu diberikan kepada Sabah agar kelancaran didalam pentadbiran dapat dicapai bagi kepentingan kerajaan tempatan dan rakyat Sabah.

Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Kementerian Dalam Negeri (kini Timbalan Perdana Menteri) tentang larangannya kepada rakyat Sabah untuk tidak mempersoalkan isu pendatang asing merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Ini kerana kuasa imigresen sebenarnya merupakan kuasa kerajaan Sabah dan ia telah termaktub didalam 20 Perkara. Selain Imigresen, kuasa mengurus Pendidikan dan Ekonomi Sabah juga adalah antara kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Sabah. Namun, kesemua ini tidak dihormati oleh kerajaan persekutuan, tegas En.Dexter Chin.

Justeru, adalah sangat penting untuk setiap rakyat Sabah untuk bersama-sama berjuang untuk menuntut hak Sabah seperti yang telah termaktub didalam Perjanjian Malaysia.

Sepanjang program dijalankan, terdapat sedikit kekecohan dan ketegangan yang telah berlaku. Pihak polis telah mengganggu program tersebut dan ingin merampas bendera Sabah yang dipegang oleh peserta program sehinggakan peserta program tersebut jatuh kerana ditolak oleh pihak polis dengan kasar.

Salah seorang peserta program telah membawa dan mengibarkan bendera Sarawak yang telah dikibarkan pada tahun 1963 sehingga tahun 1973..

Seramai 30 orang peserta telah menjayakan program aman dan dua NGO telah memberikan sokongan kepada program tersebut. NGO yang terlibat ialah Sabah Solidariti dan Sabah Sarawak Union - United Kingdom (SSU-UK).

Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah Ketua Pemuda Exco SAPP Jamain Shamarudin, Naib Ketua Pemuda SAPP Stephan Gaimin, Naib Ketua Pemuda SAPP Yong Yit Yoong.

Source: Bobohizan Press
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.