KUNDASANG, 31 Ogos 2015: Satu program perayaan menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sabah kali ke-52 tahun bakal diadakan di Pekan Kundasang, Ranau.

Program ini yang dipengerusi oleh En.Japiril Suhaimin mengatakan bahawa ia adalah anjuran Perikatan Sabah Bersatu (United Sabah Alliance - U.S.A) yang dianggotai oleh beberapa pertubuhan parti-parti politik iaitu STAR, SAPP, PCS dan NGO Politik seperti APS dan beberapa lagi.Beliau juga mengatakan bahawa program ini adalah untuk memperingati dan mengingatkan kepada semua rakyat Sabah bahawa pada 31 Ogos 1963, Sabah telah mencapai Kemerdekaan.

Program ini telah mendapat sokongan daripada banyak NGO-NGO pro Sabah yang akan turut bersama-sama didalam perayaan ini iaitu United Borneo Front (UBF), Sabah Youth Solidarity (SYS), Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR), North Borneo Friendship Movement (NBFM), Sabah Sarawak Union (SSU-UK), Gen-Y, Bangkit Anak Negara Sabah (BANSA), Sunduvan Sabah (Sunduvan), I Am Sabahan (IAS), Northern Club, Jesselton Friendly Club (JFC), Pasukan Pembela Hak Rakyat Sabah (PEMBELA), Momogun Movement For Self-Determination (MOSIK), Proton Iswara Saga Club Sabah PT (PISCS), Sandakan Friends Team (SFT), The Brotherhood of Sabah (The Bos), Angkatan Warisan Anak Sabah (AWAS), Persatuan Orang Asal Malaysia (POAMAT), Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Sabah Freedom Movement (SFM), Persatuan Anak Negeri Sabah (PANAS), Kumpulan Bertindak Samah Sabah (KBSS), Sabah 4 Sabahan (S4S).

Berdasarkan informasi yang diterima, terdapat sudah sejumlah ramai rakyat Sabah yang telah bergerak sehari lebih awal ke Kundasang untuk menghadiri program tersebut. Mereka adalah dari beberapa Zon di Sabah iaitu Zon Pantai Barat, Zon Pantai Timur, Zon Pantai Utara dan Zon Pedalaman.

Terdapat juga konvoi berkereta yang telah memilih untuk bergerak pada hari ini yang kini didalam perjalanan daripada Zon Pantai Barat, Zon Utara dan Zon Pedalaman Sabah.

Presiden SSPR, En.Jalibin telah memaklumkan kepada pihak wartawan Bobohizon bahawa beliau akan memimpin sejumlah ramai peserta daripada Ranau yang akan bertolak pada jam 8.00am untuk program berjalan kaki ke kundasang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Kemerdekaan tersebut. Jangkaan beliau untuk tiba di Pekan Kundasang adalah sekitar jam 11.00am.

Pada tahun lepas juga, NGO beliau telah mencatat sejarah baru berjalan kaki daripada Ranau ke Tg.Aru, Kota Kinabalu yang telah mengambil masa selama seminggu perjalanan. Selain itu juga, NGO Sabah Freedom Movement (SFS) yang dipimpin oleh En.Tony Minggir dan MOSIK oleh mendiang En.Daniel Jebon pula telah mengambil cek poin masing-masing di Kudat dan Kota Marudu turut bersama menjayakan program berjalan kaki yang telah memakan masa seminggu dan berakhir dipertemuan penamat di Tg.Aru.

Demikian juga aktiviti yang serupa telah dilakukan dibahagian pedalaman Keningau, Tenom, Sook dan Bingkor pada tahun lepas.

Pihak wartawan bebas Bobohizon akan terus memberikan anda liputan berita terkini tentang program Hari Kemerdekaan Sabah di Kundasang, Ranau.

Source: Bobohizan
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.