KOTA KINABALU, 2 Oktober 2015: Mahkamah Tinggi akan menyampaikan keputusannya pada 11 November mengenai permohonan oleh empat aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SKMM) agar kes mereka kerana memiliki material yang menggesa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia dipindahkan dari Mahkamah Seksyen kepada Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonan mereka, Azrie Situ 24,Jemmy Liku Markus Situ 32, Erick Jack William 29, dan Joseph Koilis 29, membangkitkan bahawa penghujahan perundangan yang akan dibangkitkan dalam pembelaan mereka adalah rumit dan penghujahan perundangan yang kompleks rumit adalah perkara yang paling sesuai didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam mereka Tengku Ahmad Fuad, yang tampil bersama peguam Arthur Chin juga memberitahu Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad bahawa mereka mencabar definisi 'kecenderungan menghasut'.

Empat orang itu pada 16 Mac tahun ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana memiliki risalah yang mengandungi unsur hasutan pada 9.50 pagi 1 Februari tahun ini di Tamu mingguan di Tuaran.

Erick dituduh memiliki 91 keping risalah berbaur hasutan, Joseph 13, Azrie lima dan Jemmy satu.

Kesalahan, di bawah Seksyen 4(2) Akta Hasutan, membawa hukuman denda sehingga RM 2,000 atau penjara sehingga 18 bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dengan penerbitan yang menghasut akan dirampas dan dimusnahkan.

Perbicaraan aktivis-aktivis itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu hasil permohonan mereka di Mahkamah Tinggi.

Dalam prosidang Khamis, Tengku Ahmad menghujahkan bahawa bersuara tentang hak-hak Sabah di dalam Malaysia tidak boleh dianggap menghasut.

"(Dan) kami mahu mencabar definisi 'kecenderungan menghasut'.

"Apa yang kami katakan ialah jika kamu mempersoalkan hak-hak Sabah secara terbuka... kategori bersuara itu tidak membawa kepada jenayah di bawah Akta Hasutan," kata Tengku Ahmad.

Mahkamah juga memerintahkan pendakwaan memberikan pembelaan senarai perkataan-perkataan yang didakwa sebagai menghasut dalam dokumen itu pada 7 Oktober dan memerintahkan kedua-dua pemohon dan pendakwaan agar mengemukakan penghujahan masing-masing pada 21 Oktober.

Timbalan Pendakwa Rava (Dpp) Azreezi Nordin tampil untuk pendakwaan.

Source: Daily Express
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.