Sistem "divide and rule" (pecah dan perintah) yang dilakukan oleh pihak British terhadap Persekutuan Tanah Melayu di mana Tanah Melayu dipecahkan kepada TIGA SISTEM pemerintahan yang berasingan, iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain itu, masyarakat Melayu, Cina dan India diasingkan atau dipecah-belahkan mengikut sistem politik, sektor pekerjaan dan penempatan. Dengan sistem ini, amat sukar dan mustahil masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada masa itu boleh bersatu padu. Kaum-kaum tertentu terikat dengan parti-parti khusus yang mewakili mereka. UMNO dan PAS hanya untuk parti orang Melayu, MCA & GERAKAN khusus untuk orang Cina dan MIC untuk masyarakat India. Versi baru, lahirlah PKR, DAP dan AMANAH.

Sistem dan konsep British ini diwujudkan di Sabah era Tun Mahathir, di mana pemimpin-pemimpin serpihan PBS dipecahkan melalui penajaan beberapa parti seperti Parti AKAR (Mark Koding), SAPP (Yong Teck Lee), PDS/UPKO (Bernard Dompok), PBRS (Joseph Kurup) , LDP (Chong Kah Kiat). Impak daripada kewujudan parti yang banyak ini telah jelas memecah-belahkan rakyat Sabah untuk mengikuti parti-parti tertentu 'mengikut citarasa', bukan mengikut kepada komuniti seperti konsep awal di dalam Perikatan Sabah. Kebanyakkan rakyat akan lari ke sana dan lari ke sini untuk mendapatkan peluang dan habuan tertentu yang ditawarkan oleh parti-parti yang ada. Sistem 'Pecahkan dan Perintah' berjaya diimplimintasikan terhadap rakyat Sabah dan sehingga kini UMNO-BN bernafas lega menikmati segala sumber kekayaan dan keistimewaan yang terdapat di Sabah yang sepatutnya milik rakyat Sabah.

Demikian juga pada era ini, di mana selepas PRU-13 dicatatkan oleh laman web FreeMalaysiaToday (FMT) yang bertarikh 25 Mac 2014, bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan secara rasmi 13 parti politik baru bagi Sabah. Jika dicampurkan dengan parti politik sedia ada seperti SAPP, PBRS, LDP, PBS, UPKO, STAR dan parti penjajah UMNO, DAP & PKR, ianya menjadikan 23 buah Parti Politik Di Sabah sebagai medium memecah-belahkan rakyat Sabah. Lihat Senarai lengkap ini dan fikirkanlah hasil kecekapan otak pemimpin Malaya lakukan kepada Sabah:-

01. Parti PBS
02. Parti SAPP
03. Parti PBRS
04. Parti LDP
05. Parti UPKO
06. Parti STAR
07. Parti UMNO
08. Parti DAP
09. Parti PAS
10. Parti PKR
11. Parti Bersatu Bugis Sabah (PBBS)
12. Parti Cinta Sabah (PCS)
13. Parti Damai Sabah (Parti SPP)
14. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS)
15. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (PARTI BERSAMA)
16. Parti Kebangsaan Sabah
17. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN)
18. Parti Pembangunan Warisan Sabah
19. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
20. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (BARU)
21. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)
22. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
23. Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PKRS)

Perkara ini sepatutnya diambil serius oleh para pemimpin politik Sabah dan rakyat, di mana melalui banyaknya parti di Sabah akan membuka ruang yang sangat lebar bagi pemimpin dan rakyat Sabah berpecah, berpuak-puak, mendominasi, mempersalahkan, syak wasangka, iri hati, saling menyalahkan, mengungkit-ungkit, parti ini mengambil orang dari parti itu untuk menjadi ahlinya dengan cara yang tidak sihat dan semua perkara yang berlaku banyak mengarah kepada hal-hal negatif. Kelihatannya ruang untuk rakyat Sabah bersatu padu ketika era USNO, BERJAYA & PBS musnah serta sangat tipis keberangkalian rakyat Sabah bersatu lagi.

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.