Sebelum terbentuknya "malaysia atau persekutuan malaysia", Negara North Borneo telah diberikan kuasa wilayah oleh Ratu Permaisuri England, Victoria pada tahun 1881 untuk menjalankan segala urusan rasmi dibawah pengendalian North Borneo Chartered Company.  Manakala Negara Sarawak pula sudah berada dibawah pemerintahan Rajah Sarawak, James Brooke sejak 1841. Pada 1888, ketiga-tiga negara Borneo iaitu Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Brunei telah bernaung (Protectorate States) dibawah British bagi melindungi negara mereka daripada serangan luar.

Keadaan ini semua berubah selepas Perang Dunia ke-2 yang mana status Negara North Borneo dan Negara Sarawak telah diturunkan menjadi "Tanah Jajahan Makhota British (Crown Colony of British)" daripada status "Tanah Naungan (Protectorate State)". Dalam erti kata lain, pentadbiran dikedua-dua negara Borneo sebelum ini terletak dibawah NBCC dan Brooke, kini ia ditadbir terus daripada pejabat pentadbiran tanah jajahan di London.

Seperti yang anda dapat lihat pada gambar Chapter 1 diatas, itulah keadaan yang sebenarnya berlaku.

Apa yang menyedihkan ialah apabila malaya telah mempengaruhi keputusan British dalam memberikan Kemerdekaan kepada bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Pemimpin-pemimpin Borneo telah ditipu, dikecam dan diugut untuk bersetuju menyertai malaysia. Dijanjikan untuk diberikan kemerdekaan selepas terbentuknya malaysia rupa-rupanya apa yang menjadi mimpi ngeri pada peringkat awal malaysia ini dikhabarkan sebenarnya telah menjadi nyata. Pembentukkan malaysia ini sebenarnya bukanlah sebuah pembentukkan "persekutuan baru" mahupun "negara baru" tetapi ia adalah lebih kepada "Pembesaran Tanah Persempadanan Kuasa Politik malaya". Ini jelas dapat dibuktikan melalui pendedahan pihak kami mengenai status kedudukan keahlian malaya dalam United Nations (UN).

Negara North Borneo dan Negara Sarawak berserta dengan Negara Singapore ketika membentuk malaysia masih lagi berstatus "Tanah Jajahan British". Status tersebut hanya termansuh selepas terbentuknya malaysia pada 16 September 1963 yang sepatutnya dijadualkan pada 31 Ogos 1963.

Apa yang menyedihkan ialah Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapore telah ditipu namun kerana kebijaksanaan pemimpin negara Singapore, mereka berjaya melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan malaya yang bertopengkan malaysia pada tahuan 1965 dan lantas menjadi negara yang benar-benar merdeka daripada malaysia. Sementara itu, negara Sabah dan negara Sarawak yang sememangnya berstatus negara dan mempunyai kuasa yang sama dengan malaya telah dinafikan malah diturunkan status menjadi negeri. Pemimpin-pemimpinnya telah diperkudakan, dipermainkan, dipolitikkan malah dilagakan agar tiada perpaduan dikalangan mereka agar membolehkan diri mereka dimanipulasikan demi kepentingan politik malaya.

Sehingga kini, keadaan ini masih lagi sama namun setelah kewujudan pihak kami, SSKM yang kini sudah bergerak melalui SSU-UK, malaya kian terketar-ketar kakinya kerana ditelanjangkan segala tipu helah mereka. Apa yang pihak kami dapat lihat ialah malu bukan lagi menjadi isu kepada mereka tetapi lebih kepada mengekalkan kelangsungan kuasa politik malaya mereka di tanah Borneo ini. Mereka berusaha untuk memastikan kuasa politik mereka tidak terlepas daripada cengkaman genggaman mereka. Atas sebab itu mengapa sejumlah pemimpin-pemimpin Borneo telah diserapkan didalam pentadbiran kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan najib. Selain untuk mendapat sokongan, ia juga adalah bertujuan untuk meredakan sentimen perpisahan ini dengan menggunakan pemimpin-pemimpin Borneo ini untuk bercakap bagi pihak malaya.

Kebodohan malaya ialah mereka beranggapan bahawa rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak akan diam namun sehingga kini, keadaan dan sentimen ini menjadi semakin kuat dan semakin difahami tentang mengapa Perpisahan ini mesti dilakukan.

Kuasa Kedaulatan Perundangan dan Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak sebenarnya berada didalam genggaman kerajaan malaya namun kedua-dua negara ini masih mempunyai kuasa autonomi dalam banyak perkara yang membataskan penguasaan malaya keatas dua negara Borneo ini.

Pentadbiran Negara Sabah dan Negara Sarawak yang sebelum ini dari London kini berada di Kuala Lumpur ataupun dengan lebih tepat Putrajaya. Namun malaya masih tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan pentadbiran Borneo kerana terdapat perkara-perkara yang bukan dibawah bidang kuasa mereka. Tetapi apabila dilihat secara halus sejak dahulu lagi diawal pembentukan malaysia ini, malaya tidak pernah berhenti untuk menyelinap masuk untuk mencampuri pentadbiran politk di kedua-dua negara. Akhirnya negara Sabah kini telah jatuh didalam cengkaman genggaman mereka melalui kuasa politik parti umno yang mendominasi bn Sabah. umno adalah simbol penguasaan malaya di negara Sabah dan perkara ini berlaku kerana kebodohan pemimpin-pemimpin Sabah yang gilakan pangkat, nama, kekayaan. Mereka-mereka ini semua berada didalam umno dan golongan inilah yang menjahanamkan bangsa negara Sabah.

Sarawak yang juga merupakan komponen bn namun mereka didominasi oleh parti-parti tempatan dan malaya tidak mampu mencampuri secara langsung pentadbiran politik mereka dan keadaan ini jauh lebih baik daripada keadaan politik negara Sabah.

Persoalan yang perlu dijawab dengan jujur sekarang ialah adakah bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak hanya mahu merelakan semua ini berlaku tanpa sebarang usaha untuk berjuang? Jikalau jawapannya ialah tidak, maka perkara utama yang perlu anda lakukan ialah "Pastikan Kuasa Politik Negara Sabah dan Negara Sarawak berada dibawah cengkaman genggaman parti-parti tempatan. Sama ada mereka adalah parti pihak kerajaan mahupun pembangkang asalkan mereka parti tempatan, itu mesti menjadi keutamaan anda semua."

Selebihnya pihak kami akan maklumkan dikemudian hari.

Sebarkan info ini.  

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.