Ada sebab kenapa 31 Ogos 1957 dijadikan Tarikh Kemerdekaan Malaysia. Kerana itu adalah tarikh kemerdekaan Malaya. Kerana sudah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia 1976 bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Dan Malaysia adalah Malaya. Pada pendapat Malaya, mereka betul. Berdasarkan fakta sejarah Malaya, mereka betul.

Malaysia adalah Malaya.

Ada sebab kenapa rakyat Sabah dan Sarawak wajib tidak boleh mengiktirafkan 31 Ogos 1957 sebagai Tarikh Kemerdekaan Malaysia.

Kerana... apa menda kemerdekaan Malaysia bermula dari tahun 1957 kalau nama Malaysia hanya ujud pada tahun 1963? Satu sahaja caranya 31 Ogos 1957 boleh menjadi Tarikh Kemerdekaan Malaysia. Caranya ialah Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaya untuk meraikan kemerdekaan Malaya. 

Malaysia adalah Malaya.

Cara seterusnya ialah, SabahSarawak mesti bersetuju Malaysia hanya lah nama baru bagi Malaya. Bersetuju setiap tahun. Bersetuju dengan suara lantang sambil mengibarkan Jalur Gemilang Malaya. Sambil mulut berbuih melafazkan Merdeka!

Malaysia adalah Malaya.

Kalau ada rakyat SabahSarawak meraikan 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia maka tanpa awak sedari awak sudah memberi tanda bersetuju bahwa Malaysia adalah Malaya. Tandanya awak sebagai rakyat Sabah dan Sarawak sudah buat salah. Awak benar di mata Perlembagaan Malaya tapi di mata Perlembagaan Malaysia awak salah.

Kerana sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 1963 bahawa Sabah dan Sarawak bukan lah sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaya.

Perkara ini tidak boleh disangkal lagi. Pada pendapat Borneo, kita betul. Berdasarkan fakta sejarah Borneo, kita betul. Merujuk kepada Malaysia Agreement 1963, kita adalah betul, sebetul-betulnya betul tiada lagi yang lebih betul daripada itu.

Malaysia bukan Malaya.

Malaysia Agreement adalah warkah perundangan teragung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dari tahun 1963 sehingga kini. Tiada Malaysia Agreement maka tiada lah Malaysia. 

Malaysia bukan Malaya.

Perlembagaan tahun 1976 pula hanya lah PINDAAN. Pindaan berat sebelah yang dibuat oleh Malaya, dipersetujui oleh Malaya dan diluluskan oleh Malaya dengan kuasa dua pertiga Parlimen. Dan kalau diletakkan bersebelahan dengan Malaysia Agreement 1963 maka Pindaan 1976 adalah tidak sah.

Malaysia bukan Malaya.

Memang benar Perlembagaan Malaysia adalah terbentuk berpandukan Perlembagaan Malaya. Tetapi ia tidak bermakna Malaysia adalah Malaya. Kerana dalam Perlembagaan Malaysia ada Malaysia Agreement yang memberi garis panduan bahawa Sabah dan Sarawak tidak perlu patuh pada Perlembagaan Malaya. SabahSarawak patuh pada Malaysia, bukan patuh pada Malaya.

Malaysia sama sekali bukan Malaya.

Malaysia Agreement masih hidup lagi dalam Persekutuan Malaysia, masih berjuang menentang asakan bertubi-tubi Perlembagaan Malaya yang mahu menjajah. Rakyat SabahSarawak pula yang kelihatan mudah mahu mengalah.

Kalau awak masih juga mahu meraikan 31 Ogos 1957 sebagai Tarikh Kemerdekaan Malaysia maka tidak salah kalau kami katakan awak adalah rakyat Malaya bukan rakyat Persekutuan Malaysia. 

Awak rakyat Malaya Pindaan 1976. Kami rakyat Malaysia yang Ori 1963. Dan kami rakyat Malaysia Ori masih memperjuangkan Malaysia Agreement. Dulu kini dan selamanya. Kerana kami sayang pada Persekutuan Malaysia. Perjuangan kami murni. Kami mahu bebaskan Persekutuan Malaysia dari cengkaman Malaya. Selepas kami berjaya baru lah mulut kami berbuih-buih melaungkan MERDEKA!



Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.