JESSELTON, Sabah, Ithnin. - Ra'ayat di-sini telah terkejut menerima berita per-asingan Singapura daripada Malaysia yang di-dengar di-sini melalui Radio hari ini.

Satu siaran rasmi yang di-keluarkan oleh Pejabat Penerangan ber-kata tidak sa-orang pun dari Menteri Sabah yang di-hubungi hari ini sanggup membuat ulasan me-ngenai perasingan Singa-pura daripada Malaysia.

Bagaimanapun, kenyata-an itu menambah bahawa Tuan Thomas Jayasuria, Menteri Perolehan2 Alam, bertindak sa-bagai juru-chakap untok Menteri2 lain berkata Kerajaan Sabah telah-diberitahu terlebeh daulu mengenai perkara itu.

Dia menambah bahawa akan perlu kelak untok me-nerangkan kapada ra'ayat tentang hal itu tetapi ini hanya dapat di-lakukan sa-telah Ketua Menteri Sabah, Tuan Peter Lo, yang sekarang berada di-Kuala Lumpur, pulang ka-mari.

Ma'alumat2

Walau bagaimanapun, ma'alumat2 yang di-terima sekarang tidak memadai untok menjadi asas ketera-ngan2 lanjut.

Tuan Jayasuria me-nyeru ra'ayat supaya ja'ngan bimbang. "Mereka hendak-lah tenang. Perasi-ngan Singapura daripada Malaysia di-chapai dengan persetujuan dan kedua2 Kerajaan itu tentu-lah telah meninjau perkara itu dengan sa-penoh-nya dan menchapai kesimpulan ba-hawa dalam keadaan sekarang. perasingan ada-lah untok kepentingan kedua2 negara itu".

Beliau menegaskan per-setujuan itu juga mene-kankan perhubongan erat antara kedua negara itu mengenai pertahanan dan perdagangan.

Ada-lah di-fahamkan di-sini bahawa Tuan Peter Lo dan Dato Donald Stephens yang sekarang berada di-Kuala Lumpur akan pulang ka-Jesselton pada hari Rabu untuk menerangkan perkara itu kapada ra'ayat Sabah.




Labels:

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.