Ketua-Ketua Kerajaan yang mentadbir Negara British, malaya, Singapura, British North Borneo (Sabah) dan British Sarawak adalah seperti berikut pada waktu tandatangan perjanjian malaysia dilakukan pada 9 Julai 1963.
Adakah Ketua Kerajaan British North Borneo pada waktu itu adalah Donald Stephen (Tun Fuad) atau Tun Mustapha?
Adakah Ketua Kerajaan British Sarawak pada waktu itu Stephen Kalong Ningkan?
Jikalau Ketua Kerajaan pada waktu itu bukan mereka, apakah yang menyakinkan anda kononnya kepimpinan kita menandatangani perjanjian tersebut sebagai rakan kongsi yang sama rata?
Mengapa kita merendahkan kecerdikan dan kebijaksanaan pada tahap yang sangat rendah sehingga pada hari ini?
Mengapakah kita tidak mampu menerima, memahami dan menyedari bahawa kita benar-benar diperdaya, ditipu, telah dan sedang dijajah oleh satu perjanjian yang dilakukan oleh British dan malaya tanpa mandat kita melalui Kerajaan yang demokrasi?
Ia adalah satu perjanjian yang dilakukan secara tidak sah dan melanggar resolusi PBB 1514/1541 kerana proses dekolonisasi TIDAK BERLAKU pada waktu sebaliknya kita telah diserahkan secara tidak sah, tanpa referendum, tanpa Kerajaan Demokrasi ketika ‘Kecemasan/Darurat’ diistiharkan bagi mendiamkan penentangan kita!
Marilah kita bersatu dan bergerak kearah untuk memperbetulkan Perjalanan politik Bangsa kita melalui Kemerdekaan untuk menubuhkan Kerajaan Negara Republik Sabah Borneo Utara dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang!
Berikan pandangan anda dan bincangkan.
Post a Comment