Pihak SSKM-SSU(UK) ingin membawa anda semua untuk kembali berbincang tentang satu isu yang telah ditimbulkan oleh seorang YB daripada negara Sarawak yang telah menjadi kontroversi dan bahan jenaka orang awam sebelum ini. Hasil daripada kajian dokumen-dokumen yang telah berjaya diperolehi, ingin pihak kami memberikan penjelasan tentang perkara ini kepada kerajaan negara Sabah, kerajaan negara Sarawak dan rakyat di kedua-dua negara Borneo ini. Gelaran kepada Ketua Pemerintah (executive) di negara masing-masing sebenarnya mesti bergelar "Perdana Menteri (Prime Minister)" dan BUKAN "Ketua Menteri (Chief Minister)".

Sebelum ini, YB. Fong Pau Teck telah bercadang untuk mengusulkan didewan Undangan Negara Sarawak untuk menukarkan gelaran "Chief Minister of Sarawak" kepada "Prime Minister of Sarawak". Apa yang ingin dilakukan oleh YB. Fong Pau Teck sebenarnya adalah mengikut Memorandum (sesetengah orang mengatakan Perjanjian) melalui persefahaman  yang telah dipersetujui didalam 18 dan 20 Perkara (18 and 20 Points).

Apabila meneliti dokumen asal yang telah disimpan di Arkib London, pihak kami mendapati bahawa terdapat pengeditan dan penipuan yang telah berlaku.

Perkara 13 didalam 18 dan 20 Perkara yang asal (original) mengatakan bahawa;

Point 13. State Government

(a) The Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council;
(b) there should be a proper Ministerial system in North Borneo.

Untuk melihat buktinya, sila lihat pada Gambar 1.0 dibawah yang merupakan gambar dokumen yang telah diambil oleh kumpulan "Research Team" bagi mencungkil segala rahsia yang masih menunggu untuk didedahkan bagi tujuan kesedaran dan rujukan umum.

Gambar 1.0
Manakala Perkara 13 didalam 18 dan 20 Perkara yang telah diedit mengatakan bahawa;

Point 13. State Government

(a) The Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council;
(b) there should be a proper Ministerial system in North Borneo.

Dalam ertikata lain, terdapat pengeditan perkataan "Prime Minister" kepada "Chief Minister" didalam dokumen yang diterbitkan semula tentang 18 dan 20 Perkara Negara Sarawak dan Negara Sabah.

Apakah kepentingan yang dimiliki oleh gelaran ini sehinggakan ia mesti ditukarkan daripada "Chief Minister" kepada "Prime Minister"? Jawapannya ialah "Identiti" dan "Kuasa" yang dimiliki oleh gelaran ini "memberikan satu pengiktirafan status penting kepada sesebuah kerajaan".

Untuk memahami dengan lebih lanjut lagi, pihak kami akan menjadikan negara Singapura sebagai contoh yang paling terbaik dalam memberikan kefahaman kepada anda semua kerana jalan penceritaan sejarah negara Singapura adalah hampir sama dengan perjalanan sejarah di Borneo.

Sila lihat pada Gambar 1.1 dibawah yang menunjukkan sejarah ringkas Kerajaan Negara Singapura.

Gambar 1.1
Disini, pihak kami hanya ingin memfokuskan kepada peringkat dimana negara Singapura memperolehi status "Self-Government" daripada British. Sebelum pembentukkan Persekutuan Malaysia, kerajaan negara Singapura telah memperolehi status "Full Internal Self-Government" daripada British, status gelaran daripada "Partial Internal Self-Government (Legislative Council)" yang membawa gelaran "Chief Minister" telah ditukar menjadi "Prime Minister (Legislative Assembly)". Didalam peringkat ini, kerajaan negara Singapura mempunyai "Kuasa Penuh" terhadap Pentadbiran Dalaman Negara Singapura (internal administration of Singapore State Government) tetapi kuasa tentang Keselamatan Dalaman (Internal Security) dikongsikan oleh kedua-dua pihak. Hanya hal-hal kuasa yang berkaitan dengan Keselamatan Luaran (External Security), Pertahanan (Defence) dan Hubungan Luar Negara (External Affair) sahaja yang masih dimiliki oleh British pada ketika itu.

Negara North Borneo juga telah melalui Peringkat "Legislative Council" kepada "Legislative Assembly". Manakala Negara Sarawak pula menggunakan nama "Council Negri" pada waktu itu yang membawa maksud yang sama dengan "Legislative Council" dan kini dikenali sebagai "Legislative Assembly". 

Kembali kepada negara Sabah (pada waktu itu dikenali sebagai North Borneo) dan negara Sarawak, sejarah sudah mencatatkan didalam perjalanan politik dikedua-dua negara Borneo ini, masing-masing telah mencapai status "Full Self-Government". Negara Sarawak Berkerajaan Sendiri pada 22 Julai 1963 manakala Negara North Borneo (kini dipanggil Sabah) pada 31 Ogos 1963. Ciri-ciri yang dimiliki oleh sebuah Kerajaan Penuh (Full Self-Government) ini semua dapat dilihat melalui Memorandum/Perjanjian 18 & 20 Perkara kerana segala Perkara-perkara penting ada tercatat didalamnya.

Persoalannya, bolehkah gelaran "Chief Minister" itu ditukarkan kepada "Prime Minister" melalui Dewan Undangan Negara Sabah dan Negara Sarawak? Jawapannya BOLEH!

Lihat kepada Perkara 16: Keselamatan Perlembagaan (Point 16: Constitutional Safeguard) pada gambar 1.0 diatas tadi. Ia mengatakan bahawa;

Point 16: Constitutional Safeguard

No amendment modification or withdrawal or any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo.

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the State.

Perkara ini sudah jelas mengatakan bahawa segala pindahan boleh dilakukan namun ia mestilah tidak mengubah konsistensi Perlembagaan Negara Sabah dan Perlembagaan Negara Sarawak. Jikalau ia berlaku, maka pindahan perlembagaan tersebut adalah tidak sah (void). Sukacitanya, untuk perkara "gelaran Ketua Menteri kepada Perdana Menteri (title of Chief Minister to Prime Minister)", ia langsung tidak mengubah atau menjejaskan sebarang konsistensi Perlembagaan di kedua-dua negara Borneo ini. Tambahan lagi, ia sememangnya sudah tercatat didalam Memorandum/Perjanjian ini bahawa gelaran tersebut adalah diatas kuasa "Legislative Council" yang kini dikenali sebagai "Legislative Assembly". Gelaran ini sangat penting untuk dimiliki agar "status" Negara Sabah dan Negara Sarawak dapat dilihat dengan jelas sekali sebagai "Rakan Kongsi" didalam Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963. Sejarah sudah mencatatkan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 1965 telah memiliki Dua (2) Perdana Menteri. Pada ketika itu, ia seharusnya memiliki Empat (4) orang Perdana Menteri sebagai membuktikan bahawa Persekutuan Malaysia ini adalah Perkongsian Rakan daripada Empat Buah Negara. Setelah Negara Singapura menarik diri keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, seharusnya dan semestinya tinggal Tiga (3) Perdana Menteri didalam Persekutuan Malaysia. Satu daripada Malaya, satu daripada Negara Sabah dan satu lagi daripada Negara Sarawak.

Pematuhan kepada 18 dan 20 Perkara adalah satu KEWAJIBAN! Jikalau mana-mana Perkara yang terkandung didalamnya tidak dipatuhi, maka jangan sesekali memaksa Bangsa Borneo untuk menghormati Perkara 7. Bangsa Borneo juga mempunyai HAK dan SEBAB untuk TIDAK MEMATUHINYA.

Sekarang tanyakan soalan ini pada diri anda masing-masing, adakah Persekutuan Malaysia ini merupakan satu Rakan Kongsi atau satu bentuk Penjajahan Halus yang dikenali sebagai Neo-Colonisme? Siapakah yang sebenarnya sedang menjajah Negara Sabah dan Negara Sarawak?

***Neo-Colonialisme membawa maksud kepada Penjajahan dalam bentuk kuasa politik, ekonomi, budaya atau tekanan untuk mengawal sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaannya secara halus agar mengikut telunjuk dan arahan serta kehendak mereka (Penjajah)***

Artikel ini hanya memfokuskan kepada justifikasi kepada mengapa perlunya dan mesti menukar nama gelaran ketua Pemerintah Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada "Ketua Menteri (Chief Minister)" kepada "Perdana Menteri (Prime Minister)" sahaja.

Pendedahan tentang "Adakah Negara Sabah dan Negara Sarawak sebuah negara yang Merdeka" dan perkara-perkara yang berkaitan, yang perlu diketahui oleh rakyat Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak akan didedahkan selepas 31 Ogos 2015 ini. Ia bakal mengejutkan anda semua kerana pendedahan ini adalah berdasarkan kepada fakta dan bukti yang sahih.

Jikalau anda bersetuju dengan apa yang telah didedahkan didalam artikel ini, pihak kami hanya meminta anda untuk melakukan satu perkara sahaja iaitu sila sebarkan info ini kepada semua orang kerana ia adalah info yang SANGAT PENTING agar semua rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak memahaminya dengan sepenuhnya. Tindakan yang tepat akan dapat diambil setelah anda mengetahui kebenaran dan ini adalah kebenaran yang selama ini telah disembunyikan malah didiamkan. Bermula daripada hari ini, Perlembagaan Negara Sabah dan Negara Sarawak mestilah dijulangkan dan dijadikan sebagai rujukan utama dan bukan perlembagaan persekutuan malaysia. 

Ini kerana, apa-apa pindahan didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidaka akan memberikan kesan kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak jikalau kedua-dua Kerajaan Borneo ini tidak meluluskan. Sekarang, anda faham?

Akhir kata, pihak kami ingin menyampaikan satu teguran ikhlas buat CM Sarawak. Janganlah kerap kali mengatakan sesuatu perkara itu "Bodoh". Sekarang, siapakah yang kelihatan "Bodoh"?

Post a Comment

  1. If u want to let our people know it, u guys should start an open lecture at every corner of sarawak ! Elder people doesn't know anything about Internet. Agi idup agi ngelaban !

    ReplyDelete
    Replies
    1. The time will come soon Alex Fong.

      Delete

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.