August 2014

Beaufort, 25 Ogos 2014 - Seorang anak muda Negara Sabah kelahiran Beaufort telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyebarkan Kesedaran Kemerdekaan Negara Sabah Kali Ke-51 Tahun dengan menggunakan poster manilakat dan telah menggantungkannya disekitar jalan utama Pekan Beaufort.

Anak muda ini yang tidak mahu identitinya didedahkan mengatakan bahawa tindakan beliau ini adalah disebabkan oleh dorongan diri yang lahir daripada kesedaran dengan sendirinya untuk menyebarkan kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau, selama ini anak-anak Bangsa Negara Sabah telah disajikan dengan fakta auta ataupun fakta palsu dan sampai bila perkara ini harus berterusan? Seperti yang tercatat dalam sejarah yang boleh diperolehi di Arkib Negeri (Negara) Sabah, British telah memberikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 tetapi mengapa sejarah ini tidak didedahkan didalam buku teks? Mengapa pula sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dihebohkan, dicatatkan dan diajar di sekolah, kolej serta di peringkat universiti? Mengapa ia terang-terangan disiarkan di televisyen dengan fakta yang salah? Apakah kita yang telah mengetahui kebenaran ini harus mengangguk dan membiarkan kepalsuan fakta ini menjadi satu kepercayaan selamanya? Sudah tentut tidak, ulasnya.

Tambahan beliau lagi, tidak salah untuk menghebohkan 31 Ogos 1957 kepada umum tetapi ia harus memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan bukan Malaysia. Ini kerana Persekutuan Malaysia tidak pernah dijajah. Jadi, kalau tidak pernah dijajah, mengapa menyambut hari kemerdekaan? Jikalau anda mengatakan bahawa Persekutuan Malaysia pernah dijajah, negara dan kuasa manakah yang pernah menjajah Persekutuan Malaysia? Setahu saya, hanya negara-negara anggota dalam Persekutuan Malaysia sahaja yang pernah dijajah oleh British iaitu Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura (telah disingkirkan oleh Malaya) dan juga Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Mengulasnya dengan lebih terperinci, mengapa tidak negara-negara dalam Persekutuan Malaysia merayakan Hari Kebangsaan negara masing-masing dan pada 16 September barulah bersama-sama merayakan Hari Pembentukkan Malaysia secara besar-besaran yang mana ia juga dikenali sebagai Malaysia Day. Ini kerana Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Beliau menyatakan bahawa Negara Sabah diberikan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Negara Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Sepanjang aktivitinya semalam, beliau mengatakan bahawa ada seorang lelaki samseng jalanan telah menghampiri dan mahu menyerangnya serta mengugut untuk mencederakan dengan menggunakan sebatang pembuka skru tayar kereta (spanar) atas alasan orang tersebut mahu melarangnya daripada meneruskan aktiviti penyebaran kesedaran tersebut. Namun, beliau mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang yang sedar untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Mengapa pula anda mahu menghalang? Saya tidak menggangu anda dan jangan menggangu saya juga. 

Kejadian tersebut berlarutan sehingga ahli keluarga pihak samseng jalanan tersebut telah datang dan keadaan bertambah rumit. Akhirnya kes tersebut dibawakan ke Balai Polis Beaufort tetapi tidak direkodkan kerana lelaki samseng jalanan tersebut telah meminta maaf setelah menimbang segala risiko yang bakal dihadapi kerana tindakannya yang tidak menggunakan akal. Difahamkan lelaki tersebut merupakan orang samseng umno Beaufort.

Apabila ditanya mengenai jumlah perbelanjaan untuk menampung kos aktiviti tersebut, beliau mengatakan bahawa aktiviti yang telah dilakukannya adalah dalam sekitar RM50 sahaja. Beliau mengatakan juga bahawa kebenaran itu adalah pelita yang akan menerangi kegelapan dan atas sebab itu, beliau sanggup untuk membelanjakan duit kerana untuk menyedarkan anak-anak bangsa Negara Sabah yang belum mengetahuinya khususnya di daerah Beaufort.

Laporan disediakan oleh pihak Media Eksmerd

RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjalankan satu Program Kesedaran Sabah Merdeka Day di Pekan Ranau.

Kumpulan Nasionalis ini yang diketuai olehEn.Jalibin Paidi, merupakan seorang bekas Pengetua sekolah di SMK Entilibon, Tongod. Beliau mengatakan bahawa program seumpama ini harus dan mesti dilakukan berterusan setiap tahun agar rakyat Negara Sabah khususnya di daerah Ranau mendapat fakta sejarah yang tepat dan sahih tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Negara Sabah dan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun dahulu sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku kini di Negara Sabah adalah disebabkan oleh manipulasi kuasa luar dan campur tangan politik daripada malaya secara tidak langsung melalui parti politik UMNO-BN dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negara Sabah. Walaupun pada zahirnya Kerajaan Sabah dipimpim oleh pemimpin tempatan, tetapi secara batinnya ia dikawal oleh kuasa luar iaitu daripada pemimpin-pemimpin malaya. Ini kerana segala apa yang telah berlaku di Negara Sabah harus dan mesti mendapat persetujuan dan peruntukkan daripada kerajaan persekutuan malaysia sedangkan pada asas pembentukkan Persekutuan Malaysia, mana-mana Negara anggota dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran politik anggota.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembentukkan Persekutuan Malaysia, beliau menyatakan perasaan kecewa dan hampa terhadap Kerajaan Negara Sabah dibawah pimpinan Musa Aman  selaku Ketua Menteri Sabah kerana tidak jujur dalam menyampaikan fakta sejarah Negara Sabah yang sebenar. Kerajaan Negara Sabah juga gagal untuk bertegas dalam mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan kini sudah mencapai 51 tahun ia berlalu.

Beliau menambah lagi, berlainan pula dengan keadaan yang berlaku di Kerajaan Negara Sarawak yang mana pemimpin tertingginya iaitu Datuk Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dengan tegas dan yakin mengatakan secara rasmi bahawa Sarawak merupakan satu Wilayah (Negara) yang telah membentuk Persekutuan Malaysia. Tiada istilah "masuk Malaysia" kerana tidak ada apa yang mahu masuk. Ini kerana menurut beliau (Adenan) lagi, sejarah jelas mencatatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh Negara Sarawak, Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).

En.Jalibin juga memaklumkan bahawa pengedaran risalah sebanyak 2,000 keping telah berjaya diedarkan kepada orang awam di Pekan Ranau. Aktiviti seumpama ini tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ogos tetapi ia perlu berterusan tanpa mengira masa dan waktu.

Sepanjang Program Kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam, beliau mengatakan bahawa NGO mereka telah mendapat maklumbalas yang positif  daripada orang awam dan mereka menunjukkan minat untuk membacanya serta ia telah menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan masyarakat Pekan Ranau.

Apabila beliau diminta untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Datuk Masidi Manjun yang merupakan salah seorang pemimpin daripada UMNO-BN DUN Keranaan tentang isu "Melayu", beliau mengatakan bahawa ia sangat tidak bersetuju dan membantah akan kenyataan itu sebulat-bulatnya. Menurut beliau, Dusun adalah Dusun dan Melayu adalah Melayu. Perkara ini sangat jelas melalui Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 160 yang menyatakan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Beliau juga menasihati Datuk Masidi Manjun untuk pertahankan hak Orang Asal dengan memperjuangkannya didalam parti naungan khususnya di Ranau dan bukan meracuni pemikiran etnik Dusun semata-mata untuk memperluaskan penerimaan agenda politik malaya melalui UMNO agar mudah diterima. Ini kerana ia suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.

Laporan berita ini disampaikan oleh Pihak Media EksMerd.

Source: http://eksmerd.blogspot.com/2014/08/program-kesedaran-sabah-merdeka-day.html

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM. 

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

2 September 2014

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.