Salam hormat warga Brunei, Kesatuan Malaysia dan Singapura,

1. Ilham pembentukan “Kesatuan Malaysia” ditimbulkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Jadi, macam mana boleh Kesatuan Malaysia disejarahkan sebagai merdeka pada 31 Ogos 1957 kalau pembentukannya baru saja ditimbulkan pada 27 Mei 1961?

2. Selainnya, Tunku Abdul Rahman juga memberi jaminan pada 2 Oktober 1962 bahawa, gagasan Kesatuan Malaysia yang merangkumi Brunei, North Borneo, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura sama taraf dalam Kesatuan Malaysia.

3. Namun begitu, Sultan Omar 'Ali Saifuddien III tetap tidak percaya dengan janji dan jaminan Tunku Abdul Rahman atas alasan Brunei tidak mahu menjadi tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir kepada Persekutuan Tanah Melayu.

4. Walau bagaimanapun, Her Majesty  Queen Elizabeth II mengizinkan pembentukan Kesatuan Malaysia dimuktamadkan pada 16 September 1963 yang merangkumi North Borneo, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura tanpa Brunei.

5. Selepas pembentukan Kesatuan Malaysia, Malaya sudah mula berlagak dirinya tuan kepada Kesatuan Malaysia dengan mengarahkan Lee Kuan Yew turun status dari Perdana Menteri Singapura kepada Ketua Menteri Singapura, disamping mahu menurunkan status negara Singapura kepada negeri Singapura.

6. Lantaran Lee Kuan Yew tidak mahu tunduk kepada nafsu politik dan tadbir urus ketuanan Malaya terhadap Kesatuan Malaysia, maka pada 9 Ogos 1965 Singapura tinggalkan Kesatuan Malaysia.

7. Kini, Brunei dan Singapura antara 5 negara maju dan terkaya di dunia. Manakala Sabah dan Sarawak pula hanya putih mata dan  gigit jari angkara termiskin dalam Kesatuan Malaysia sebagai “fixed deposit” kepada citra politik ketuanan Malaya.

JENAYAH SEJARAH SABAH DIJARAH DAN DIPERAH!
SABAH HENTIKAN POLITIK MENIPU DIRI SENDIRI!
- Naspazi (12 April 2015).

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.