JESSELTON, Ithnin. PERTUBOHAN Pasokmomogun Kadazan Kebangsaan Bersatu atau UPKO di-ketuai oleh Menteri Untok Hal Ehwal Sabah merangkap Pertahanan Awam, Dato Donald Stephens hari ini menuntut supaya di-tinjau kembali sharat2 yang di-buat berhubong dengan penggabongan Sabah di-dalam Malaysia menimbangkan pengasingan Singapura daripada Malaysia.

Sa-buah kenyataan dikeluarkan oleh Parti itu berikutan dengan persidangan Majlis Nasional malam tadi berkata bahawa sa-buah jawatankuasa tetap terdiri dari enam orang telah di-lantek untok "meninjau sa-penohnya hal itu bersama2 dengan teman2 UPKO dalam Perikatan Sabah".

Majlis Kebangsaan UPKO juga menyatakan "kebimbangan yang berat" terhadap perhubongan masa hadapan Kerajaan Pusat dengan Sabah kerana "Sabah tidak di-ajak berunding sabelum di-buat sa-chara mu'tamad keputusan untok mengasingkan Singapura daripada Malaysia" dan kerana UPKO yakin nasib Sarawak terikat erat dengan nasib negeri2 Malaysia yang lain seperti Singapura.

Kenyataan itu menambah bahawa "rasa kesal yang dalam telah di-nyatakan terhadap chara Sabah di-layani dan kata sa-pakat terchapai bahawa sa-bagai salah satu negeri anggota yang bersama2 membentuk Malaysia, Sabah berhak di-ajak berunding sabelum keputusan yang bagitu besar kesan-nya telah di-buat."

Meshuarat Majlis Kebangsaan itu juga menimbangkan kesan2 yang berhubong dengan pengasingan Singapura.

Dato Donald Stephens yang memimpin meshuarat itu telah memberikan keterangan penoh terhadap apa yang telah berlaku di Kuala Lumpur mengenai keputusan itu.

Dato Donald Stephens menawarkan diri sanggup berhenti dari pada pimpinan UPKO tetapi Majlis itu merasa dia "tida sadikit pun patut di-salahkan kerana apa yang telah berlaku" demikian juga Kerajaan Negeri.

Majlis itu memutuskan bahawa soal perchantuman semua parti dalam Perikatan Sabah harus di-anggap sa-bagai satu soal yang amat penting dan akan membawa hal itu dalam meshuarat Majlis Kebangsaan Perikatan esok.

Ada-lah di-fahamkan Pertubohan Kebangsaan dan Sabah Bersatu (USNO) dan Persekutuan China Sabah akan mengadakan meshuarat masing2 dan akan memberitahukan sikap mereka kepada parti2 lain.






Labels:

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.